Tempat Tengok Bunga Api Meriah Tahun Baharu 2024 - Karnival Countdown NEON CIRCUS Di Lexis Hibiscus Port Dickson

TRAVEL
December 29, 2023 - 12:22 PM


Tempat Tengok Bunga Api Meriah Tahun Baharu 2024 - Karnival Countdown NEON CIRCUS Di Lexis Hibiscus Port Dickson . Lexis Hibiscus Port Dickson menjemput anda untuk melangkah ke dalam dunia kegembiraan dan keceriaan berwarna-warni menjelang hujung minggu terakhir tahun 2023, dengan pakej liburan tahun baru yang meriah selama 2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam. Nikmatilah dunia warna-warna neon, apabila resort pantai ini berubah menjadi tempat peristirahatan yang hebat dan meriah untuk seluruh keluarga.

Sambutan bermula pada 30/31 Disember 2023 dan berlanjutan sehingga 1 Januari 2024, memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Para tetamu dapat menikmati kemewahan Lexis Hibiscus Port Dickson termasuk kolam renang peribadi di bilik sendiri, dan mencipta kenangan abadi bersama orang tersayang.

Tumpuan perayaan ini adalah Karnival Countdown NEON CIRCUS yang eksklusif pada 31 Disember 2023. Bermula dari jam 5 petang, acara memukau ini, hanya terbuka untuk tetamu Lexis Hibiscus Port Dickson dan menjanjikan malam yang seronok dengan hidangan BBQ pantai antarabangsa yang lazat, disertai permainan karnival, zoo haiwan, photo booth, hadiah cabutan bertuah dan pelbagai hiburan langsung termasuk persembahan tarian LED dan pertunjukan api yang menakjubkan.

Mulai dari hari ini, para tetamu boleh menempah Pakej Karnival Countdown NEON CIRCUS 2H1M/3H2M untuk tempoh penginapan dari 31 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 atau 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024. Pakej menarik ini termasuk:

1.    Keseronokan Kolam Renang Peribadi

Mulakan perayaan Tahun Baru dengan pakej 2H1M/3H2M termasuk penginapan dalam kategori bilik pilihan anda, yang dilengkapi kolam renang peribadi, bermula dari harga bersih RM1,610 untuk 2 orang (2H1M) atau dari harga bersih RM2,910 untuk 2 orang (3H2M)

2.    Sarapan Harian & Goodie Bag Eksklusif

Mulakan hari anda dengan sarapan lazat di Roselle Coffee House pada 1  Januari 2024 (Pakej 2H1M) dan 31 Disember 2023 dan 1 Januari 2024 (Pakej 3H2M). Bawa pulang goodie bag istimewa yang dipenuhi dengan merchandise eksklusif untuk sambutan Tahun Baru.

 

3.    Karnival Countdown NEON CIRCUS

Nikmati akses eksklusif ke parti Countdown Tahun Baru khas untuk para tetamu, pada 31 Disember 2023. Bersedia untuk malam yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan BBQ bufet antarabangsa yang lazat, permainan yang mengasyikkan, petting zoo, hiburan yang meriah dan persembahan bunga api yang menakjubkan.

4.    Pilihan Untuk Upgrade

Para tetamu yang tempah bilik Panorama Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presidential Suite boleh upgrade pakej dengan sarapan pagi ala carte di Wave Dining dan nikmati Minuman Koktel/Moktel petang percuma di Lighthouse Club. Tetamu tambahan (berumur 7 tahun ke atas) boleh menyertai perayaan dengan harga bersih RM450 untuk dewasa dan harga bersih RM400 untuk kanak-kanak untuk semalam, termasuk sarapan, koktel petang, makan malam, kemudahan bilik, akses ke parti Countdown Tahun Baru dan goodie bag.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai perayaan neon dan cipta kenangan bersama yang tersayang.  Untuk menempah tempat anda untuk percutian yang meriah dan gaya, tempahlah Pakej Karnival Countdown NEON Circus 2H1M/3H2M anda sekarang, dan pastikan anda tidak terlepas sambutan tahun 2024 yang teruja!

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi [email protected]  atau +603 2083 0933. Bilangan bilik adalah terhad, jadi pastikan untuk membuat tempahan anda sekarang! Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Tahun Baru eksklusif ini, sila layari https://www.lexishibiscuspd.com/

Berhubung dan kongsi momen #MYLexis kegemaran anda di @lexishibiscus di Instagram, @lexishibiscuspd di Facebook, dan @lexishotelgroup di TikTok.

Destination: