18 Tahun MR.DIY Jadi Pilihan Rakyat Malaysia, Kini Tampil Dengan Promosi Dan Hadiah Bernilai RM 70,000!

PILIHAN EDITOR
July 11, 2023 - 05:53 PM


Pejam celik, pejam celik sudah 18 tahun MR.DIY memberikan dan menjulang moto utama mereka iaitu ‘Harga Sentiasa Rendah, Sentiasa Seronok’ demi memastikan rakyat Malaysia menikmati harga dan promosi yang terbaik.

Bermula dari tahun 2005, stor pertama mereka yang dibuka Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur kini sudah mencecah lebih dari 20,000 cawangan di serata Malaysia. Bukan itu sahaja, kini terdapat pelbagai jenama antaranya MR DIY, MR DIY EXPRESS, MY DIY PLUS, MR DOLLAR, MR TOY, dan juga EMTOP.

Setiap jenama yang dikeluarkan bermatlamat hanya satu, untuk pastikan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai perkakas mahupun keperluan harian pada harga yang berpatutan dan juga berkualiti.

MR.DIY akan terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan nilai hebat, produk yang berguna dan relevan, kedai yang inovatif dan mudah, serta promosi dan pengalaman membeli belah yang menarik. Tidak cukup dengan itu, 180 cawangan baharu bakal dibuka pada tahun ini.

Demi meraikan ulangtahun ke-18 MR.DIY dan sebagai tanda terima kasih kepada sokongan rakyat Malaysia, MR.DIY bakal mengadakan peraduan belanja dan menang! Cara penyertaan cukup mudah! Hanya anda perlu berbelanja minimum Rm40 dan ke atas di mana-mana cawangan MR.DIY atau atas talian untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Perodua Ativa, jongkong emas 5 gram rekaan khas MR DIY, Baucar MR.DIY dan bermacam lagi! Kempen ini bermula dari 1 hingga 31 Julai 2023.

Tidak cukup dengan itu, MR.DIY juga menawarkan diskaun sehingga 30% untuk 60 produk! Antara produk yang anda boleh dapatkan soket sambungan 4-gang (5m) pada harga RM26.90 (harga biasa: RM39) dan paip sinki dinding fleksibel pada harga RM31 (harga biasa: RM45).

Buat golongan belia yang menerima eBelia Rahmah, anda juga boleh berbelanja kredit eCash anda di semua cawangan MR DIY, MR DOLLAR dan MR TOY. Setiap pembelian, anda akan menerima pulangan tunai RM2 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM40 menggunakan aplikasi e-dompet Boost atau Touch n Go (TNG). Kempen bermula dari 23 Jun Hingga 31 Ogos 2023

Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu MR.DIY dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga dan promosi istimewa sempena ulangtahun ke-18 MR.DIY dan juga peluang memenangi Perodua Ativa! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.mrdiy.com.my

Destination: