Senheng Lancar ‘The App Way’, Promosi Ekslusif Sempena 44th Members Day

PILIHAN EDITOR
November 22, 2019 - 11:20 AM


Mempunyai lebih daripada 100 rangkaian kedai elektronik pengguna, Senheng mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1989 lagi dan boleh dikatakan salah satu daripada kedai rangkaian yang menjual barangan elektrik dan elektronik pengguna yang sentiasa memenuhi kehendak dan permintaan pengguna.

Terbaru; Senheng melancarkan promosi eksklusif untuk kesemua ahli PlusOne kali ke-44. Jika anda sememangnya ahli PlusOne, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memuat turun aplikasi Senheng di Google Playstore atau Appstore.

Untuk 44th PLUSONE Members’ Day ni kan, ada beberapa promosi utama yang korang kena tahu iaitu; Promosi Big Bang, Item Hero (Penebusan), Baucer Diskaun RM100 dan Baucer Tebusan Pelbagai.

Promosi The App Way ( PlusOne Members) ini sebenarnya bermula dari 1 November lagi dan ianya akan tamat pada 31 December 2019. Jadi, ini mungkin peluang terakhir anda untuk mendapatkan tawaran yang menarik untuk membeli barangan rumah sempena nak memasuki tahun 2020 nanti. 

Big Bang Promotion

Senheng menawarkan pelbagai barangan elektrik berjenama seperti Sony, LG, Samsung, Beko, Sharp dan banyak lagi. Ada pelbagai jenis barangan yang ditwarkan dan antaranya ialah tv, mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan banyak lagi barangan yang semestinya berkualiti dan berjenama.

Ini antara yang kami rasakan menarik;

Selain itu, khas dan ekeklusif untuk pelanggan dan ahli PlusOne, baucer RM100 akan diberikan secara percuma. Cuma perlu muat turun aplikasi Senheng, daftar masuk dengan akaun Plus One dan dapatkan 2 keping boucer Rm50 untuk dibelanjakan di Senheng.

 

Tawaran Eksklusif Untuk Ahli

Untuk ahli PlusOne, selain menerima voucher RM100 untuk membeli barangan di Senheng mereka juga ada menawarkan LG PuriCare, sebuah Water Purifier tanpa tangki (tankless) pada harga promosi dan ansuran sehingga 36 bulan serta servis percuma sehingga 3 tahun.

Dapatkan juga beberapa barangan dengan tawaran Super Deal dibawah ini…

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web Senheng dan cari pautan PlusOne Members Day dan boleh tengok dulu promosi – promosi menarik dalam katalog PlusOne Members’ Day