4 Tawaran Istimewa Jualan 12.12 Senheng BigONE Yang Rugi Kalau Korang Lepaskan!

PILIHAN EDITOR
December 01, 2020 - 12:44 PM


Sejak tercetusnya ‘The Online Revolution’ atau Revolusi Dalam Talian pada 12 Disember 2012, pengguna dari serata dunia saban tahun ternanti-nanti ketibaan tarikh ini.

Manakan tidak, kempen 12.12 yang yang dirintis oleh portal Lazada itu menjadi acara jualan terbesar yang pernah diadakan! Ada juga laporan yang mengatakan tarikh itu berjaya mencatatkan jualan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 'Singles Day' atau 11.11.

Memandangkan kalendar tahun ini pun bakal mendekati tarikh cantik itu, rangkaian kedai barangan elektrik terbesar di Malaysia, Senheng / senQ turut menawarkan jualan istimewa kepada pelanggan setia mereka menerusi jualan 12.12 BigONE yang bermula 1 hingga 14 Disember 2020.

Paling best, korang berpeluang membeli pelbagai jenis barangan elektronik dengan diskaun sehingga 60%! Memang menjimatkan!

Bukan itu sahaja, Senheng / senQ juga berbesar hati untuk memberikan 4 lagi tawaran menarik kepada anda bagi membeli-belah perkakas elektrik yang diperlukan di rumah. Nak tahu apa tawaran tersebut? Jom kita tengok!

1. NIKMATI POTONGAN RM50 UNTUK BAUCAR BERJENAMA

Inginkan potongan tambahan RM50 untuk pembelian anda? Caranya mudah sahaja! Ikuti langkah di bawah :-

Langkah 1: Pilih produk yang anda inginkan. Pastikan anda layak dengan adanya kod khusus untuk jenama produk tersebut. Contohnya, Produk jenama ABC hanya boleh guna baucar jenama ABC.

Langkah 2: Klik pada baucar dan ia boleh dituntut secara automatik.

Langkah 3: Masukkan baucar yang dituntut semasa membuat pembayaran.

Langkah 4: Baucar anda akan digunakan dan anda boleh membuat pembayaran anda!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di SenhengsenQ

2. PEMBELIAN SECARA ONLINE PRODUK TERPILIH HANYA PADA 12 DISEMBER 2020

Jika anda ingin mendapatkan perkakas elektrik yang diidamkan dengan potongan harga yang kaw-kaw, jangan pergi ke kedai lain! Datanglah segera ke Senheng & senQ pada 12.12 ini!

Ketahui senarai produk terpilih yang mempunyai tawaran diskaun menarik sempena jualan 12.12 BigONE di laman web Senheng / senQ di sini!

 

 

3. SELEPAS 60 MINIT MEMBUAT PESANAN, BOLEH TERUS AMBIL DI CAWANGAN TERDEKAT DAN RM50 BAUCAR

Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk membeli-belah di cawangan Senheng / senQ berhampiran, jangan risau kerana anda juga boleh mendapatkan produk yang diinginkan dengan pantas! Anda juga layak untuk dapatkan baucar RM50 dengan hanya download applikasi Senheng di telefon pintar anda.

Selepas memilih dan membuat pembayaran, anda sudah boleh mengambil barangan yang dibeli di cawangan Senheng / senQ terdekat yang dipilih - dalam tempoh 60 minit sahaja! Mudah, cepat & pantas!

Bagaimanapun pembelian ini hanya boleh digunakan untuk perkakas kecil yang terpilih sahaja dan pesanan boleh dibuat dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

 

 

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti jika anda ingin membeli secara online & pick-up sahaja!

Langkah 1: Pesan barang anda di laman web Senheng / senQ.

Langkah 2: Lihat pesanan anda di laman web, ingat untuk memilih cawangan terdekat anda.

Langkah 3: Periksa e-mel untuk notis pengambilan selepas pembayaran dibuat 60 minit.

Langkah 4: Kunjungi cawangan tersebut untuk mengambil tempahan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di  Senheng / senQ.

4 - JADI AHLI PLUSONE UNTUK NIKMATI LEBIH BANYAK FAEDAH

Jika anda mendaftar sebagai salah seorang ahli PlusOne, anda bakal menerima satu tahun jaminan tambahan, selain jaminan yang ada dari pengilang.

  • 0% Tanpa Faedah untuk Pelan Ansuran Kad Kredit sehingga 36 bulan!
  • Dapatkan Penghantaran PERCUMA apabila anda membeli melebihi RM100!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di  Senheng / senQ.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, start bulan depan jom serbu jadi Ahli PlusOne untuk rebut tawaran 12.12 BigONE!!!