4 Faktor Kenapa Anda Perlukan Laptop Moden!
PILIHAN EDITORKerja banyak lagi ni…Dateline dah dekat….Assignment menimbun…Sales tak jalan…dan bermacam lagi rungutan yang keluar dari mulut anda hanya kerana laptop yang anda gunakan dah mula perlahan?
Nak membeli satu PC pulak memerlukan modal yang besar. Sukar untuk anda yang perlukan fleksibiliti dalam melaksanakan tugas harian kan? Jawapannya adalah satu laptop moden yang mampu memudahkan urusan harian anda.
Memiliki laptop yang berkualiti tinggi, mampu meningkatkan tahap produktiviti anda. Jangan runsingkan kepala anda lagi kerana kali ini ada 4 faktor penting mengapa anda memerlukan laptop moden.
1. Processor (CPU) yang stabil dan pantas
CPU yang bermaksud Central Processing Unit adalah komponen terpenting dalam suatu komputer mahupun laptop. Boleh dikatakan ibarat ‘otak’ untuk satu komputer berfungsi. Laptop yang dilengkapi dengan 12th Gen Intel® Core™ sudah tentu mampu berkhidmat untuk anda dengan persembahan terbaik dan direka khas untuk pengguna yang gemarkan laptop berkelajuan tinggi sama ada dalam melaksanakan tugas harian anda mahupun bermain permainan yang terkini. .
Selain itu, Generasi ke-12 Intel® Core™ juga mampu memberikan persembahan berstruktur hibrid dan menyokong DDR5 serta PCIe 5.0; bersama Intel® Wi-Fi 6E dan Thunderbolt technology 4, secara tidak langsung anda bakal nikmati saluran Wi-Fi berkelajuan tinggi dan port pelbagai guna.
2. Dilengkapi dengan Windows 11 yang berkuasa tinggi dan mesra pengguna
Windows 11, tampil dengan kemaskini yang baharu dan juga beberapa kelainan jika dibandingkan dengan Windows 10:
- Rekaan Desktop Terkini. Tampil dengan rupa yang lebih moden, ringkas dan seragam
- Start Menu Baharu. Bila anda tekan pada start menu, susun atur yang tersedia lebih mesra pengguna di mana terdapat search bar di atas, yang anda boleh gunakan untuk mencari aplikasi, fail, laman web dan pelbagai kandungan. Selain itu terdapat 18 pintasan aplikasi
- Mudah untuk mengatur dan menyusun aplikasi yang dibuka.
- Ciri Permainan.
Windows 11 menampilkan dua ciri khas terbaharu iaitu Automatic HDR untuk paparan yang lebih berkualiti manakala DirectStorage untuk melancarkan lagi pengalaman bermain permainan anda!
3. Kapasiti Memori (RAM)
Setiap pengguna memerlukan keupayaan memori yang berbeza berpandukan keperluan dan citarasa. Jika suatu perisian atau aplikasi yang anda gunakan terlalu besar, maka anda memerlukan RAM yang lebih besar. Bukan itu sahaja, kebolehan untuk membuka beberapa perisisan mahupun aplikasi secara lancar juga menjadi faktor. Jadi dengan memiliki sebuah laptop moden mampu mengatasi masalah ini.
4. Ketahanan Bateri Yang Mantap
Kebanyakan laptop moden boleh dicas dengan cepat dan juga mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam. Anda tidak perlu lagi risau jika terlupa membawa pengecas semasa berada di luar.
Jadi, itulah 4 faktor penting mengapa anda memerlukan satu laptop moden yang dilengkapi dengan Windows 11 dan 12th Gen Intel® Core™! Anda tidak tahu laptop jenama apa yang perlu dibeli yang hadir dengan dua kombinasi terbaik ini?
Berikut adalah senarai laptop moden yang lengkap dengan Windows 11 dan 12th Gen Intel® Core™ yang boleh anda dapatkan di pasaran:
1. Acer Swift 3 SF314-512-53HR
2. Asus Vivobook S (OLED) K3402Z-AKM113WS
3. Lenovo Yoga Slim 9i 14ITL5 82D1001VMJ
4. Microsoft Surface Pro 8
5. MSI Prestige 14Evo A12M-227 Laptop
6. JOI Book 5
7. HP Specter X360 14-EF0000TU
Anda boleh dapatkan kesemua laptop yang telah disenaraikan dengan harga dan kualiti persembahan terbaik di laman rasmi GLOO! Jangan tunggu lama-lama, sementara stok masih ada!
Link Pembelian: https://www.gloo.com.my/intel-modern-pc
GLOO Facebook: https://www.facebook.com/gloo.com.my