10 Drama Terbaru Korea Popular Wajib Anda Tonton

GAYA HIDUP
December 01, 2017 - 12:01 AM


Drama Korea memang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Dengan lakonan yang mantap dan pelakon-pelakon yang berwajah kacak dan cantik membuatkan drama korea lebih menjadi pilihan berbanding drama kita sendiri. Mana tidaknya ada yang sanggup habiskan masa berhari-hari semata-mata untuk habiskan drama korea bersiri. 

Bagi student drama korea menjadi salah satu reflexology buat mereka untuk hilangkan tekanan. Sanggup tak keluar rumah untuk layan drama korea. 

Tengok sahaja betapa meriahnya sambutan semasa Lee Min Ho dan artis k-pop datang tempoh hari. Masing-masing dah macam histeria dah.

Berikut kami kongsikan Top 10 Drama Korea Pilihan di Viu!!

1. The Master's Sun

The Master's Sun mengisahkan Drama Korea Master's Sun adalah salah satu drama korea yang mengangkat tentang  dunia  lain.  Bagaimana  seseorang  dapat  berhubungan  dengan  para  roh  dan  hantu  akan sering di munculkan dalam drama ini.

Lakonan: Gong Hyo­jin dan So Ji­sub

2. Oh My Venus 

Drama Korea Oh My Venus ni antara drama Romantik Komedi yang memang super qiut, memang romantik habis, sweet habis, dan gandingan Shin Min Ah dan So Ji Sub memang terbaik habis hahaha. Kedua-dua diorang ni juga turut menang dalam KBS Drama Awards, disamping turut menang Best Couple Award dalam majlis anugerah tersebut yang berlangsung pada hujung Disember yang lalu. Aku sememangnya suka tengok Shin Min Ah ni berlakon sejak drama My Girlfriend Is A Gumiho lagi dan sape boleh lupa lakonan cemerlang So Ji Sub dalam drama popular The Master's Sun. Bila kedua-dua hero dan heroin digandingkan dalam satu drama memang meletop habis lah kan heehehe.Pelakon lain yang turut membintangi drama ni terdiri daripada Jung Gyu Woon, Yoo In Young, Sung Hoon, Henry Lau, Jung Hye Sung dan ramai lagi.

3. Hwarang

Drama Hwarang ini dilakonkan oleh ramai pelakon lelaki yang popular dan berlatarbelakangkan zaman raja - raja dan semua pelakon lelaki dalam drama ini memang berambut panjang hehe. Pelakon - pelakon drama Hwarang ini terdiri daripada Park Seo Joon, Go Ara, Park Hyung Sik, Choi Min Ho (Shinee), Do Ji Han, Seo Ye Ji, Jo Yoon Woo, Kim Tae Hyung (BTS), Kim Hyun Joon, Kim Ji Soo, Sung Dong Il, Choi Won Young, Lee Da In, Kim Chang Wan dan ramai lagi. 

4. Hospital Ship

Drama Korea Hospital Ship. Jika anda minat menonton cerita tentang kedoktoran, anda mungkin akan berminat dengan drama korea terbaru yang bertajuk Hospital Ship. Drama ini dijayakan oleh Han Ji Won yang popular melalui drama korea Secret Garden. Han Ji Won memegang watak seorang doktor dalam drama hebat ini.

5. Emergency Couple

Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo (Running Man), Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo yang baru saja habis ditayangkan minggu lalu. Drama ni mempunyai 21 episod dan bergenre Romantic Comedy/Medical. Jalan cerita drama ni berkisarkan pasangan suami isteri iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee yang berkahwin pada usia muda namun bercerai setahun kemudian atas sebab tidak serasi namunselepas 6 tahun, mereka bertemu semula sebagai doktor pelatih di sebuah hospital.

6. On The Way To The Airport

Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Kim Ha Neul, Lee Sang Yoon, Shin Sung Rok, Choi Yeo Jin, Jang Hee Jin, Lee Young Ran, Kim Hwan Hee dan ramai lagi. Drama ini disiarkan menggantikan Drama Uncontrollably Fond yang telah tamat episodnya dan kemudian akan diganti dengan Drama Oh My Geum Bi. Pengarah Drama ni pernah mengarah drama2 popular seperti Hwang Jin Yi, Emergency Couple, My Beautiful Bride dan banyak lagi, Manakala penulis skrip drama ni pula pernah menulis skrip untuk filem - filem seperti April Snow, Thread Of Lies dan banyak lagi.

Dari awal lagi memang aku tak sabar nak menonton drama ni sebab diorang ada shooting kat Malaysia gitu, siap ditaja oleh Air Asia semua, Kalau aku tak silap, ni kali pertama kot Drama Korea shooting kat Malaysia. Antara tempat yang diorang shooting mestilah kat KLIA, Putrajaya semua, siap nama Malaysia disebut beberapa kali dalam drama ni. Drama ini juga berjaya menggandingkan semula pelakon Lee Sang Yoon dan Shin Sung Rok buat kali kedua selepas Drama Liar Game, wah reunion gitu hehehe.

7. My Father Is Strange

Drama ini berkisarkan tentang kisah kekeluargaan yang menarik dan suspen gitu. Ianya mengisahkan tentang keluarga bahagia Byun Han Soo yang mempunyai 4 orang anak, setiap dari mereka mempunyai kisah yang tersendiri, begitu juga dengan Byun Han Soo yang menyimpan satu rahsia besar dari anak - anaknya. Keluarga Byun Han Soo mula mengalami konflik dengan kehadiran Ahn Joong Hee yang merupakan seorang selebriti yang dikatakan adalah anak sulung Byun Han Soo dengan wanita lain.

8. Queen For Seven Days

Drama ini menceritakan tentang kisah Raja yang kejam. Walaupun ada persamaan, tapi jalan cerita kedua - dua drama ini agak berbeza kerana dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People, menceritakan tentang kisah Hong Gil Dong dan pemberontakkannya menentang raja yang kejam namun dalam drama Queen For Seven Days ini mengisahkan tentang hubungan adik - beradik, perebutan takhta dan juga kisah cinta putera Jinsung dan Lady Shin. 

9. Fight For My Way

Rasanya ramai yang suka menonton Drama Korea Fight For My Way ini  disebabkan jalan ceritanya yang ringan dan bergenre romantik komedi. Drama inidilakonkan oleh Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo dan ramai lagi. Selain itu, drama ini mempunyai 16 episod dan telah disiarkan di channel KBS World bermula 22 Mei yang lalu dan tamat pada 11 Julai 2017.

10. Queen Of Mystery

Drama inidilakonkan oleh Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June dan ramai lagi. 

Untuk drama korea paling top pula korang bolehtengok list ni 19 Drama Korea Bertemakan Fantasi Dan Supernatural Wajib Korang Tengok

********

Menarik semua drama-drama ni kan? Haa korang bila lagi? Jom layan viu untuk ikuti kisah-kisah romantis mereka dalam drama-drama yang boleh dikatakan antara yang terbaik ini.

30 Filem Korea Wajib Tonton Sehingga 2018

 

 

 

Destination: