Sambutan Pembukaan Cawangan Ke-10 MR.DOLLAR! Jom Serbu Sampai Hujung Tahun

PILIHAN EDITOR
December 14, 2020 - 06:00 PM


Di Malaysia ini siapa saja yang tidak kenal dengan MR.DIY. Kalau nak beli apa-apa barang perkakasan rumah, peralatan bertukang, barang sekolah, semuanya boleh didapati di kedai MR.DIY. Tapi korang tahu tak ada lagi satu kedai bernama MR.DOLLAR yang menjual barangan tersebut pada harga RM2 dan RM5 sahaja??

MR.DOLLAR merupakan anak syarikat MR.DIY Group (M) Berhad yang telah mengambil inspirasi dari kedai dua ringgit di Malaysia. MR.DOLLAR meletakkan harga barangan mereka pada RM2 dan RM5 untuk setiap produk yang ada di dalam kedai tersebut. Murah gila kan? Terdapat pelbagai produk yang korang boleh beli di MR.DOLLAR iaitu:

 

Coklat & Gula-Gula

Makanan Ringan & Biskut

Bahan Masakan

Barangan Runcit

Minuman

Roti

Barangan Sejuk & Beku

Barangan Keperluan Rumah

Perkakasan

Alat Tulis,Mainan, & Sukan

 

Bukan tu je, MR.DOLLAR juga memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan lain daripada yang lain kerana korang boleh membeli pelbagai jenis barangan di satu tempat pada harga yang super duper murah! Memang kena dengan tagline yang digunakan oleh mereka 'Always RM2 or RM5'

 

SAMBUTAN PEMBUKAAN CAWANGAN KE-10 MR.DOLLAR

Pejam celik pejam celik, siapa sangka kini MR. DOLLAR telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan ke-10 pada 7 Disember 2020 di Sunway Giza, Kota Damansara. Cawangan terbaru mereka bersaiz lebih dari 7000 kaki persegi, dengan kata lain, kedai ni memang sangat besar. Dan bersempena dengan kedai ke-10 mereka, korang boleh join aktiviti di bawah dan berpeluang untuk menangi hadiah yang menarik!

Disclaimer: Semua aktiviti di bawah hanya ada di cawangan terbaru mereka, Sunway Giza, Kota Damansara, dari 18 hingga 20 Disember 2020 sahaja. Sila rujuk gambar di atas untuk lokasi cawangan tersebut.

 

Buat Pertama Kalinya Di Malaysia - Sambutan Grand Store Opening MR.DOLLAR!

Selain daripada sambutan pembukaan cawangan ke-10 mereka, MR.DOLLAR juga turut menyambut Grand Store Opening MR.DOLLAR pertama di Malaysia pada 18 hingga 20 Disember ini. Dan seperti yang korang boleh jangkakan, terdapat pelbagai aktiviti menarik dan hadiah untuk korang menangi di Grand Opening Event mereka! 

 

1) Spend & Win Contest

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi wireless vacuum cleaner hanya dengan RM30 di MR.DOLLAR. Mudah saja langkahnya, korang perlu belanja RM30, scan resit yang diberi, jawab satu soalan mudah, dan hantar. Tapi ingat, setiap orang hanya boleh menyertai contest ini 1 kali je tau. Contest ini akan tamat pada 6 Febuari 2021.

 

2) Free Drinks!

Tak perlu berbelanja satu sen pun, korang boleh datang ke MR.DOLLAR dan minum air percuma!

 

3) 1 Minute Shopping Spree!

Inilah yang dinanti-nantikan oleh pelanggan MR.DOLLAR, korang boleh berpeluang untuk menjadi pelanggan yang ke-100 dan menyertai Shopping Spree. Dengan aktiviti ni, korang boleh ambil apa sahaja barang yang korang nak dalam kedai tersebut hingga mencapai maksimum RM300. Best gila kan? Bagi setiap 100 pelanggan je tau, hinggalah maksimum 10 peserta.

 

4) Santa Claus Walkabout!

Jom bergambar bersama Santa Claus dari MR.DOLLAR dan dapat gula-gula free. And yes, orang dewasa pun boleh juga. 

 

5) Gift With Purchase (GWP)

Untuk aktiviti kali ini, korang cuma perlu spend RM30 di dalam satu resit untuk dapatkan Milo atau Koko Krunch percuma di setiap pembelian. Jadi jangan lupa borong banyak-banyak. 

 

6) Dollar Spin!

 

Okay, untuk aktiviti ini, korang perlu spend RM50 dalam satu resit. Kemudian, korang akan diberi peluang untuk bermain Dollar Spin dan berpeluang untuk menangi lebih dari 600 hadiah! Tapi ingat, hanya 1 kali sahaja tau untuk setiap pelanggan. Nak menang besar, bawak satu family pergi MR.DOLLAR.

 

7) Guess The 10!

Sama seperti Dollar Spin tadi, korang perlu spend RM50 untuk berpeluang menyertai aktiviti ini. Korang perlu teka cawan yang tepat untuk menangi barangan rumah dan hadiah-hadiah menarik yang lain. 

 

Promosi Di Kedai MR.DOLLAR Seluruh Malaysia

Ada satu lagi berita gembira buat korang pada bulan Disember ni. Selain dari aktiviti di atas, MR.DOLLAR juga turut menyediakan beberapa promosi lain bersempena dengan sambutan pembukaan cawangan ke-10 mereka. 

 

Gift With Purchase (GWP)

 

Sama seperti GWP tadi, korang akan dapat Custard Muffins dan beberapa snek lain sekiranya korang spend minimun RM30 di MR.DOLLAR. Aktiviti ini bermula pada 7 Disember 2020 dan akan berakhir sebaik sahaja stok habis. Jadi jangan lepaskan peluang korang!

 

Buy 1 Free 1

Korang boleh beli 1 daripada 3 produk yang terpilih (biskut, air kelapa, kopi) dan dapat produk yang sama secara PERCUMA! Promosi ini akan tamat pada 31 Disember 2020, jadi korang bolehlah borong banyak-banyak pada harga yang murah. 

 

Bundle Deals

Beli dari 15 jenis produk makanan di MR.DOLLAR pada harga yang rendah. Untuk senarai penuh 15 jenis produk tersebut korang boleh klik pada link ini. Tapi ingat tau, tawaran ini hanya ada sementara stok masih ada. Jadi boleh serbu mana-mana kedai MR.DOLLAR yang berdekatan sekarang. 

 

Purchase With Purchase (PWP)

Dalam musim COVID-19 ni, korang boleh dapatkan 1 kotak mask yang mempunyai 50 helai di dalamnya pada harga RM5 sahaja! Korang hanya perlu spend RM30 dalam satu resit, murah kan? Lepas ni tiada lagi alasan untuk tidak pakai penutup muka. 

 

Bijak Berbelanja Di MR.DOLLAR Pada Musim Pandemik Ini

Seperti mana yang korang boleh lihat, barangan di MR.DOLLAR memang sangat murah dan berpatutan berbanding kedai-kedai lain. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, MR.DOLLAR mampu membantu pelanggan untuk berbelanja dengan lebih bijak dan berjimat cermat. 

Dan jangan risau, MR.DOLLAR sentiasa bersiap siaga dalam mengambil langkah awal bagi memastikan semua pelanggan dan pekerja mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Untuk korang yang tak tahu mana nak cari kedai MR.DOLLAR yang berdekatan, korang boleh rujuk senarai cawangan mereka di bawah:

  • Taman Maluri, Kuala Lumpur
  • Jalan Besar Kepong, Kuala Lumpur
  • KIPMall, Bangi
  • Wangsa Niaga, Wangsa Maju
  • KIPMall Kota Warisan, Sepang
  • Pekan Semenyih
  • Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar
  • Sungai Chua, Kajang
  • Desa Coalfields, Sungai Buloh
  • Sunway Giza, Petaling Jaya

Jadi tunggu apa lagi? Cepat pergi serbu dan berbelanja di MR.DOLLAR sehingga hujung tahun ini untuk promosi yang ditawarkan. So jom shopping di MR.DOLLAR!!

 

Destination: