5 Negara Yang Tidak Mempunyai 'Airport'

PILIHAN EDITOR
May 27, 2021 - 11:39 AM


Bila kita merancang untuk bercuti ke luar negara, perkara pertama kita lakukan ialah check tiket penerbangan. Selepas itu, mestilah bersiap untuk terus dengan menggunakan medium utama iaitu pengangkutan udara. 

Jadi bagaimana kalau negara itu tiada laluan pengangkutan udara untuk mendarat? Macam mana nak masuk? Selalu negara ini harus melalui jalan darat atau laluan dari negara jiran sahaja. 

Jom ikut min berkongsi tentang negara yang tidak mempunyai lapangan terbang.

1. Vatican City

Antara negara terkecil yang terletak di sekelilingi bahagian Rom ini, tidak mempunyai lapangan terbangnya sendiri. Bandar ini hanyalah seluas 109 hektar. 

Satu-satunya laluan untuk memasuki ke negara Katolik ini melalui Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci - Fiumicino dan ia terletak tidak jauh dari Vatican City hanya 29 km.  

Rom mempunyai dua lapangan terbang, iaitu Fiumicino dan Ciampino, boleh masuk melalui keretapi dan 30 minit ke Vatican City.

2. San Marino

Negara yang di sekelilingi oleh tanah Itali ini juga tidak mempunyai lapangan terbang. Walaupun ini negara kecil akan tetapi mereka tiada masalah akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Federico Fellini yang femes.

Penduduk mereka cuma ada 33 ribu orang, keluasan tanah pula kurang dari 40 km perimeter kawasan dan sememang tidak muat untuk letak sebuah lapangan terbang. Nasib orang San Marino ini kerana akses mereka ke lapangan terbang hanya 16 km sahaja dari San Marino ke Rimini.

3. Monaco

Negara kedua terkecil di dunia terletak di antara Laut Mediterranean dan Perancis. Memegang rekod sebagai negara paling padat dengan penduduk.

Penduduk mereka mempunyai 40,000 orang dan tiada ruang yang luas. Mana tak padat, betul tepi laut dengan bukit tinggi sekeliling negara ni.

Untuk sampai ke Monaco ada dua cara, pertama turun di Lapangan terbang Nice Cote d'Azur di Perancis dan menaiki keretapi atau kereta. Hanya 30 minit perjalanan ke sana. Cara kedua, kalau korang kaya, boleh menaiki helikopter hanya 5 minit sahaja, dan kos sememangnya mahal.

4. Liechtenstein

Terletak di antara dua buah negara, iaitu Austria dan Jerman. Akses untuk ke negara ini boleh melalui kapal, kereta atau sistem keretapi dari Switzerland atau Austria.

Negara ini lapan kali lagi kecil dari Los Angeles, dengan bandar terbesar hanya ada 6,000 penduduk. Landskap geografi negara ini sangat berbeza dengan gunung-ganang serta tanah tidak rata, susah untuk mempunyai lapangan terbang. 

Mereka hanya bergantung pada bas atau kereta untuk ke lapangan terbang di Zurich yang terletak 120 km dari negara tersebut.

5. Andorra

Negara ini terletak di antara Sepanyol dan Perancis. Terletak di kawasan pergunungan Pyrenees, terkenal dengan aktiviti mendaki dan pemandangan yang indah.

Untuk memasuki ke negara ini, melalui lima lapangan terbang terdekat dan perjalanan 3 jam ke negara tersebut. Negara ini besar juga sebenarnya, lagi besar dari Monaco tapi geografi di sini tidak sesuai untuk mempunyai lapangan terbang sebabkan gunung-ganang di sekelilingnya.

Ibu kota Andorra adalah Andorra la Vella, dan terkenal dengan altitud tertinggi di Eropah.

Sumber: Iluminasi