Boleh Ke Tukar Alamat Temu Janji Vaksin? Ini Caranya Tukar Di MySejahtera

PILIHAN EDITOR
July 15, 2021 - 12:55 PM


Sudah setahun lebih sejak bermulanya pandemik ini, dan hampir ramai orang telah dapat vaksin. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengambil vaksin bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai vaksin untuk bekalan semua orang yang layak dapat walaupun asih ada yang tidak mahu mengambil vaksin dek kerana percaya berita-berita palsu mengenai vaksin.

Bagi yang sudah dapat atau baru sahaja menerima tarikh temu janji vaksin, korang tahu tak yang alamat temju janji korang boleh di tukar hanya atas sebab-sebab tertentu seperti alamat rumah terlalu jauh.

Di sini min kongsi cara-cara menukar alamat:

1. Sahkan temu janji dahulu di dalam  MySejahtera

Bagi mereka yang sudah dapat tarikh temu janji, anda boleh buat langkah pertama ini dahulu dengan mengesahkan bahawa anda sudah terima. jika pernah berbuat sedemikian, boleh batalkan temu janji.

2. Pilih alasan kedudukan pusat vaksinasi terlalu jauh

Untuk langkah kedua, anda perlu memilih kemudahan kesihatan yang diperuntukkan terlalu jauh sebagai alasan pembatalan. 

3. Letak butiran alamat

Seterusnya, anda perlu memasukkan dan hantar butiran baru untuk negeri dan poskod yang anda sedang menetap sekarang.

4. Alamat dikemas kini

Setelah memasukkan butiran baru, alamat baru akan diproses dan dikemas kini bagi menjadualkan kembali temu janji vaksin anda.

5. Tunggu dalam masa 30 hari

Selepas selesai kemas kini, butiran temu janji yang baru akan dihantar kepada anda dalam masa 30 hari. Giliran tidak akan terjejas sekiranya anda membuat pembatalan. 

 

Sumber & Kredit Gambar: Says, Berita Harian

Destination: