Remaja Hilang, Keluarga Merayu Jika Ternampak Hubungi Polis

TERKINI
November 02, 2021 - 04:32 PM


 

Baru-baru ini di Tampin seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dikatakan hilang dan keluarga remaja tersebut merayu orang ramai untuk memberi maklumat jika terjumpa dengan remaja tersebut. 

Dikatakan keluarga tersebut telah mencarinya di beberapa tempat namun masih tetap tidak menjumpainya lalu mereka membuat laporan polis di balai berhampiran. Ayahnya juga berkata, ini merupakan kali pertama anak perempuannya itu melarikan diri dari rumah sebegitu. Ayahnya juga menambah bahawa dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya memandangkan anaknya itu adalah seorang perempuan dan masih muda.

BATRISYIA MUHAMMAD SYAFIQ JABRI

Remaja tersebut mula hilang setelah dia keluar dari rumah pada pukul 5 pagi dengan menunggang basikal hasil rakaman CCTV. Berpunca dari sedikit salah faham yang berlaku pada malam sebelumnya, dikatakan mungkin punca remaja itu melarikan diri adalah kerana merajuk dengan keluarganya. 

Keluarga remaja tersebut merayu dan memberitahu bahawa mereka tidak senang duduk kerana memikirkan nasib anaknya itu. Jika terdapat salah faham, keluarga remaja itu telah pun memaafkannya dan berharap orang ramai jika ternampak anaknya itu segera menghubungi balai polis berhampiran.

Destination: