ACL: Tumbangkan Juara Liga Korea, JDT Hidupkan Peluang Ke Pusingan Kedua

SUKAN
November 08, 2023 - 10:37 AM


Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mengulang sejarah apabila menewaskan Juara K-League, Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Kemenangan tersebut sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut. JDT yang dibimbing oleh Esteban Solari tampil dengan aksi lebih meyakinkan ketika berdepan kelab Korea Selatan berbanding aksi pertama sebelum ini.

Skuad Harimau Selatan bermula garang dan berjaya meraih go pembukaan pada minit ke-44 apabila Fernandes melepaskan rembatan kencang menewaskan Hyeonwoo selepas meenerima umpanan Afiq Fazail bagi meletakkan JDT di hadapan.

Walau bagaimanapun, pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 hasil jaringan Ataru Esaka selepas Valeri Qazaishvili membuat umpanan cantik melepasi beberapa pemain Harimau Selatan.

Tindakan Solari membawa masuk pemain gantian, Akhyar Rashid membuahkan hasil apabila dia menjaringkan gol kemenangan minit ke-86 sekali gus berjaya memastikan tiga mata milik JDT untuk berkongsi enam mata dengan Ulsan Hyundai dibelakang Kawasaki Frontale.

 

Kredit: Kosmo & FB Johor Southern Tigers

Destination: