Penjaga Gol Penang FC Guna 'Khidmat Toyol' Menang Perlawanan?

SUKAN
March 10, 2023 - 04:50 PM


Tangkas mengawasi gawang, penjaga gol Penang FC, Syafiq Afifi Suhaimi dapat perhatian ramai setelah tular gambarnya menyimpan ‘toyol’ di pergelangan tangan.

Taktik yang digunakan Syafiq untuk membawa pasukannya ke pusingan kedia Piala FC kantoi setelah gambar sekeping kertas terselit pada sarung tangan di Stadium Darul Aman itu tular.

Dapat dilihat pada kertas tersebut adalah nama barisan pemain Kedah serta kemungkinan arah sepakan penalti yang akan dilakukan mereka.

Kertas tersebut dilihat mengandungi nama barisan pemain Kedah serta kemungkinan arah sepakan penalti yang akan dilakukan oleh mereka.

Hasilnya, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menyelamatkan sepakan penalti Lee Tuck dan Ciger dan membawa pasukan Harimau Kumbang ke pusingan seterusnya setelah terikat 2-2.

"Memang pada situasi sepakan penalti, apa-apa boleh terjadi dan mungkin rezeki berpihak kepada Penang untuk menang.

"Bagi aksi Piala FA, sememangnya jurulatih membuat kerja rumah untuk sepakan penalti kerana tahu ini adalah saingan kalah mati.

"Coach (Hisham) memang sudah mengkaji mengenai kekuatan semua pemain lawan yang akan mengambil sepakan penalti dan itu membantu saya," katanya.

Ujar anak kepada bekas penjaga gol di era 90-an, Suhaimi Mat Lazim itu lagi, dia berasakan kerja kerasnya untuk bangkit daripada masalah kesihatan hampir dua tahun lalu, berbaloi selain terus menjadi pilihan selaku penjaga gol utama Penang pada musim ini.

Pada tahun 2021, Shafiq berdepan masalah terdapat darah beku pada saluran darah ke bahagian otaknya, insiden terjadi semasa sesi latihan yang memaksanya berehat panjang sebelum kembali beraksi pada musim lalu.

"Semua orang tahu bila bermain dengan Kedah di Darul Aman, mereka pasti menekan kita bertubi-tubi dan disiplin yang ditunjukkan rakan sepasukan banyak membantu saya tampil dengan penuh yakin.

"Kami bermati-matian dalam perlawanan semalam dan beraksi sebagai satu unit, nyata semangat juang yang ditunjukkan semua pemain sangat luar biasa.

"Untuk saya, rasa satu kepuasan tersendiri kerana setahun setengah bergelut bangkit daripada masalah kesihatan yang menimpa saya pada 2021 apabila langsung tidak dapat beraksi pada musim berkenaan.

"Namun, saya tidak pernah berputus asa, kerja keras saya akhirnya membuahkan hasil apabila ada diberi peluang bermain tiga perlawanan pada musim lalu dan musim ini diberikan peranan selaku penjaga gol utama sejak aksi sulung Liga Super," katanya.

Destination: