Dedahkan Pengalaman Dibuli Pemain Senior, Zaquan Adha Ajak Azmeer Yusof Bersemuka
SUKANKebelakangan ini, nama bekas penyerang Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha Abd Radzak sering menjadi perbualan ramai ekoran kontroversi membabitkannya dengan pelakon popular, Rita Rudaini.
Terbaru, Zaquan Adha sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Azmeer Yusof tentang pembulian dalam arena bola sepak tempatan.
Walaupun tidak mengatakan pemain bola tertentu, pendedahan Azmeer itu telah menarik perhatian pemain-pemain senior termasuk Zaquan.
Zaquan dalam satu kenyataan di laman Facebooknya telah mengajak bekas pemain Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC itu untuk bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
"Salam Ramadan, macam ini lah Azmeer Yusof, jomlah kita berjumpa dan bertentang mata, ramai juga budak-budak bola dan senior nak berjumpa. Kita tak payah nak cerita dalam live.
"Kalau Azmeer rasa takut kami buat sesuatu, Azmeer boleh datang bawak bodyguard, kami nak tahu juga apa cerita yang sebenarnya dari Azmeer, kami cuba call Azmeer tapi tak berangkat mungkin Azmeer dah tukar nombor.
"Kalau kata Azmeer out spoken jom kita berjumpa, jangan kata adik nak cakap belakang dan fitnah Azmeer, sekarang dengan keterbukaaan hati adik berani untuk berjumpa dengan Azmeer
"Kita bincang cara baik, adik rasa dari dulu banyak yang Azmeer tulis di dalam Facebook ni mengaitkan kesemua pemain bola sepak," tulisnya.
Sehingga kini, masih belum ada maklum balas dari Azmeer tentang permintaan Zaquan yang mahu berjumpa dengannya.
Sumber: Facebook & Majoriti