Penyerang Lagenda Safee Sali Jadi Pemain "Epic" Pertama Negara Dalam Efootball 2024!

SUKAN
January 11, 2024 - 12:17 PM


Bahang Piala Asia 2023 semakin dirasai! Antara permainan bola sepak terkemuka dunia iaitu eFootball 2024 meraikan kesemua negara yang berjaya melayakkan diri ke piala paling berprestij peringkat Asia itu termasuk dengan Malaysia.

Lebih istimewa, penyerang lagenda negara Safee Sali dan Pasukan Malaysia akan disertakan secara rasmi di dalam eFootball 2024!

Jadi, sempena dengan kejohanan Piala Asia, Efootball melancarkan mod baharu di dalam eFootball 2024, permainan simulasi bola sepak ini akan menyertakan pasukan Malaysia. Selain itu pemain legenda tempatan Safee Sali juga akan disertakan sebagai kad Epic yang diberikan secara percuma kepada kesemua pemain tempatan efootball .

Sumber dan Kredit: @MYAksiz (X)

Destination: