"Tamatkan Badi"- Aaron-Wooi Yik Juara Terbuka Denmark

SUKAN
October 23, 2023 - 10:35 AM


Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya berjaya memecahkan badi apabila merangkul kejuaraan siri jelajah dunia yang pertama dalam karier mereka dengan memenangi Terbuka Denmark 2023.

Pasangan tersebut berjaya mengalahkan pasangan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana 21-13, 17-21 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan tersebut menamatkan badi Aaron dan Wooi Yik selepas gagal dalam percubaan sebelum ini dimana mereka hanya mampu meraih tempat kedua dalam keenam-enam final kejuaraan siri jelajah dunia.

Kejayaan pada kejohanan badminton bertaraf Super 750 itu juga melebarkan rekod bersih Aaron, 26, dan Wooi Yik, 25, ke atas Shohibul-Maulana dengan kemenangan keempat daripada semua empat pertemuan antara mereka. 

 

Kredit: Kosmo Harian

Destination: