TMJ: JDT Tak Pernah Kalah Dengan Selangor Selama 8 Tahun, Siap Bantu Pergi ACL 2 Lagi

SUKAN
February 20, 2024 - 12:38 PM


Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur sindiran mengenai pasukan Selangor yang telah layak ke saingan AFC Champions League (ACL 2) musim 2024/25.

Menerusi satu komen di laman Instagram JDT, officialjohor, TMJ menjelaskan Harimau Selatan tidak pernah tewas kepada Gergasi Merah selama lapan tahun.

Malah, baginda mendakwa bahawa juara Piala Malaysia 33 kali itu layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 atas bantuan JDT.

"4-0 away (tempat lawan), 4-0 home (gelanggang sendiri), 2-0 home. Jumlah agregat 10-0… last time (kali terakhir) JDT kalah dengan Selangor FA zaman Datuk Subahan. Ketika itu bajet (RM) 14 juta sahaja.

"Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama lapan tahun dengan Selangor baru. 46 juta setahun kerajaan bantu and masih gagal selama lapan tahun.

"Main ACL2 pun dengan bantuan JDT punya sumbangan mata dan masih 'berhalusinasi dan tak boleh terima hakikat'.

"Hentam pengurusan lama tetapi dakwa kejayaan mereka. Loser. Syabas dan salute kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor," kata Tunku Mahkota Ismail.

Untuk makluman, JDT merupakan pasukan Malaysia yang paling banyak menyumbang mata ranking MA AFC sejak beraksi dalam kejohanan peringkat Asia selama 8 tahun.

Hasil pengumpulan jumlah mata itu, Malaysia berjaya memperolehi satu slot ke AFC Champions League Elite (ACLE), dan satu slot ke AFC Champions League 2 (ACL 2).

 

Sumber: Instagram & The Vocket

Destination: