5 Fakta Mengapa Tembikai Digunakan Sebagai Tanda Solidariti Kepada Palestin

ISLAMIK
November 03, 2023 - 11:55 AM


Perasan tak lambakan penggunaan ikon 'buah tembikai' di platform media sosial yang digunakan orang ramai sebagai tanda solidariti kepada Palestin? Bukan itu sahaja, dekat demonstrasi pun ramai yang bawa gambar bendera berserta buah tembikai bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin. Mungkin korang ingat buah itu dipakai sebab sama warna dengan bendera Palestin. Tapi sebenarnya ada sebab yang lain tau.

Ini dia 5 fakta tentang buah tembikai menjadi simbol solidariti kepada Palestin:

1. Warna yang sama dengan bendera

Tembikai dipilih sebagai simbol solidariti kepada Palestin kerana mempunyai buah yang merah, kulitnya yang hijau-putih dan bintik-bintik biji hitam. Warna-warna tersebut sama dengan bendera negara Palestin.

 

2. Buah yang ditanam

Tembikai merupakan buah yang mudah untuk tumbuh hidup di negara-negara Timur Tengah. Makanya, buah ini ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari Jenin hingga ke Gaza. Jadi, tak hairanlah ramai yang guna buah ini sebagai sebuah ikon di sosial media.

 

3. Penggunaan dalam masakan

Walaupun buah ini berasal dari Afrika Utara tetapi orang-orang Palestin kerap menggunakan buah ini dalam masakan mereka. Sebagai contoh, hidangan popular di selatan Gaza yang dipanggil sebagai Fatet al-Ajer yang mengandungi tembikai di dalamnya.

 

4. Simbol penentangan

Tembikai menjadi simbol penentangan yang digunakan penduduk Palestin untuk membantah penindasan Israel terhadap identiti dan bendera kebangsaan mereka. Idea tentang penggunaan simbol itu muncul pada 1967 selepas kerajaan Israel menduduki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis. Waktu itu, pihak berkuasa melarang untuk mengibarkan bendera Palestin di dalam negara rejim Zionis itu dan menjadikannya kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat serta akan didakwa dan dipenjarakan atas alasan tersebut.

 

5. Lambang ketabahan rakyat Palestin

Buah tembikai menjadi lambang ketabahan rakyat Palestin dalam menghadapi penjajahan dan penindasan yang mereka hadapi. Simbol ini melambangkan kesedihan, ketabahan dan keberanian mereka menentang rejim kecam Zionis.

Destination: