"Ada 2 Fasa" - PLKN Akan Melibatkan Pelajar Tingkatan 4 & 5

TERKINI
October 31, 2023 - 03:10 PM


Seperti yang sedia maklum, kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, program tersebut akan dijalankan melalui dua fasa dimana fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

"Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini," jelasnya.

Mohamad berkata, tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari dan kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN tersebut termasuk sebuah kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Destination: