Ebit Lew WhatsApp Lucah Pada Waktu Sahur - Pengadu

TERKINI
May 21, 2024 - 05:50 PM


Prosiding kes Ebit Lew bersambung hari ini. Saksi pendakwaan kesembilan memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima antara lima hingga tujuh mesej lucah dalam tempoh satu minit daripada pendakwah terkenal Ebit Lew.

Dalam keterangan saksi yang juga pengadu dalam kes ini memaklumkan terdapat hampir 200 mesej yang diterimanya pada 9 Mei 2021.

Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin dalam pemeriksaan utamanya meminta wanita itu menceritakan apa yang berlaku pada tarikh tersebut.

"Ebit Lew WhatsApp saya pada waktu sahur, lepas itu pada jam 4.06 pagi dia terus memberikan kata-kata lucah lagi, dia mesej sampai jam 7 pagi.

"Mesej-mesej itu berbentuk lucah dengan ayat-ayat yang jijik, dia cuba meminta saya gambar untuk memuaskan nafsu seks," katanya.

Sementara itu, Analia juga meminta saksi menjelaskan maksud mesej yang dihantar pada 10 Mei 2021 berkaitan ayat berbentuk lucah yang turut menyebut perkataan 'kacukan Pakistan' dan 'Cina'.

Saksi kemudian memberitahu bahawa kacukan Pakistan itu merujuk kepada beliau dan Cina itu merujuk kepada Ebit Lew dan bukan kepada suaminya yang berbangsa Bajau.

Saksi juga turut memberitahu mahkamah pada tarikh tersebut dianggarkan sekitar 100 mesej lucah yang diterima dan saksi turut melakukan tangkap layar terhadap semua mesej tersebut.

Sumber dan Kredit: Sinar Harian

Destination: