Insiden Pelanggan Tumbuk Cashier Mengandung Buat Warganet Berang

TERKINI
March 11, 2024 - 12:07 PM


'Customer always right' itulah antara cogan kata yang tidak digemari bagi mereka yang berkerja dalam  khidmat pelanggan. Setiap manusia mempunyai kerenah yang tersendiri dan ada juga yang memang suka mencetuskan masalah.

Baru-baru ini tular di platform Facebook, satu perkongsian dari Zuriani Mahmood yang bekerja sebagai seorang juruwang di suatu premis dalam pusat membeli-belah di Johor Bahru.

Dia memuatnaik satu video dan beberapa keping gambar yang berjaya menarik perhatian warganet. Video tersebut memaparkan satu insiden yang mengejutkan dimana Zuriani yang sedang melayan seorang pelanggan wanita tiba-tiba diserang pada hujung transaksi,

Tiada sebarang penjelasan mengapa wanita tersebut kelihatan berang dan bertindak untuk menyerang secara fizikal terhadap Zuriani. Berasa maruah dirinya tercalar kerana berlaku di khalayak ramai, Zuriani nekad untuk melaporkan insiden tersebut pada pihak polis. Zuriani turut menyatakan bahawa dia sedang mengandung.

Destination: