Kempen Iklan Dikecam, Zara Beri Penjelasan Namun Tiada Permohonan Maaf

TERKINI
December 13, 2023 - 03:40 PM


Beberapa hari yang lalu, jenama fesyen terkemuka dari Sepanyol, Zara telah menerima kecaman dan kritikan berkenaan dengan kempen terbaharu mereka yang dilihat menggambarkan insiden genosid yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

Melalui hantaran di media sosial jenama berkenaan, dapat dilihat gambar-gambar kempen tersebut yang memperlihatkan model mereka mengusung patung yang berbalut kain putih dan berdiri dalam kotak kayu. Melihat kepada hantaran tersebut, dapat dilihat bahawa jenama tersebut tidak sensitif dengan isu semasa yang berlaku di Gaza.

Setelah menerima kritikan ramai, Zara dilaporkan menghapuskan gambar tersebut, meskipun gambar-gambar lain dari kempen tersebut masih kekal di laman sosial rasmi.

Terbaharu, jenama berkenaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu terbabit sekaligus memberi penjelasan dengan lebih terperinci.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZARA Official (@zara)

“Selepas mendengar komen mengenai kempen terkini Zara Atelier “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami.

“Kempen yang dirancang pada bulan Julai dan dirakam pada bulan September lalu itu mempersembahkan siri gambar patung yang belum siap di sebuah studio pematung, dan dicipta dengan tujuan tunggal untuk mempamerkan pakaian yang dibuat dengan seni.

“Malangnya, sesetengah pelanggan merasa terganggu dengan gambar-gambar tersebut, yang kini telah dikeluarkan, dan melihatnya sebagai sesuatu yang jauh daripada niat asal semasa pembuatannya.

“Zara menyesali kekeliruan tersebut dan kami ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kami amat menghormati setiap pelanggan kami,” jelas pihak mereka menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.

Walaupun kenyataan tersebut telah dikeluarkan, masih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan kerana dlihat sebagai tidak ikhlas dan cuba menyalahkan orang lain.

“Tiada permintaan maaf yang ikhlas di sini,” komen salah seorang warganet.

“Adakah anda (ZARA) fikir kami percaya dengan kenyatan tersebut..Berhenti berbohong kerana kami tidak akan membeli lagi di Zara dan anda bakal kehilangan semua pelanggan di Arab,” respons seorang lagi pelanggan.

Selain daripada komen-komen yang mengkritik jenama tersebut, muncul juga beberapa video di negara-negara Arab yang memperlihatkan protes di hadapan butik Zara.

@reyad.belkacem #boycottzara ♬ son original - REYAD BELKACEM 🇩🇿

 

 

Sumber: The Vocket 

Destination: