Kesan Boikot Makin Dirasai, Pengendali Starbucks Catat Rugi Bersih RM29.76 Juta

TERKINI
May 24, 2024 - 10:26 AM


Terkini, syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) dilaporkan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024, berbanding untung bersih RM15.94 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta selepas berdepan kempen boikot yang berterusan berikutan konflik di Asia Barat.u.

Pada masa sama, hasil yang diperoleh pada suku tersebut adalah sebanyak RM599.74 juta dan kerugian sebelum cukai RM44.65 juta berbanding hasil RM844.22 juta.

“Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik yang berlaku di timur tengah.

“Penurunan hasil dan kerugian sebelum cukai disebabkan pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Sdn Bhd.

“Ia tidak termasuk perbelanjaan berkaitan pelaburan, sebelum cukai kerugian adalah RM34.15 juta dalam tempoh semasa,” 

Menurut BFood, lembaga pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa tahun ini dan percaya prestasi perniagaan akan bertambah baik menjelang baki suku tahunan berakhir 30 Jun 2024.

“Lembaga pengarah berpendapat prestasi operasi perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024,” katanya.

Destination: