
"Lagi Teruk Dari Yahudi" - Dakwaan Aman Palestin Seleweng Lebih 85 Juta Wang Bantuan
TERKININovember tahun lalu, SPRM mendedahkan rampasan 4 jongkong emas 999.9 di lima lokasi termasuk di pejabat Aman Palestin. Selain itu 41 akaun yang berkait dengan Aman Palestin turut dibekukan SPRM dengan jumlah RM15,868,762.
Hari ini, pengurusan tertinggi Aman Palestin dihadapkan di Mahkamah Seksyen Shah Alam. Pertuduhan itu dibuat SPRM terhadap Pengerusi Eksekutif; Abdullah Zaik Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif; Awang Supian Awang Piut dan Pengarah Syarikat; Khairudin Mohd Ali
Mahkamah memaklumkan sejumlah RM85,098,618.52 telah diseleweng syarikat.
— YB Liberal ?? (@WhyBeLiberal) February 15, 2024
Zaik dan Awang berhadapan dengan 161 tuduhan jenayah pecah amanah, penipuan melibatkan penyerahan harta dan pengubahan wang haram yang berjumlah RM79,060,601.92.
Khairudin pula berhadapan dengan 3 tuduhan… pic.twitter.com/8lwuWnnKmR
Tertuduh, juga merupakan pengarah eksekutif Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) Abdullah Zaik Abdul Rahman dilaporkan mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah pada Khamis.
Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut dikatakan berjumlah lebih RM20 juta.
Abdullah Zaik didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasitinya sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin bernilai RM500,000.