Lelaki Berang Dengan Servis JPJ, Baru Setengah Jam Dibuka Semula Nombor Giliran Habis!

TERKINI
February 08, 2024 - 03:51 PM


Sudah menjadi stigma rakyat Malaysia bila bercakap tentang kualiti servis badan kerajaan pasti ada kekurangannya. Baru-baru ini viral satu video di platform, memaparkan luahan kekecewaan seorang lelaki terhadap salah satu cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan di Bandar Permaisuri.

@watchocplays

Pegi mampos dgn aku dah gemok, aku nak rant!! Buat lesen ni x sampai 5 minit jilake…ape masalah sampai nak catu nombor??? JPJ kat sini mmg tak sistematik…dah la semua nak pakai register2 bagai dgn netizen xpandai terkial2 nak register (bukan aku). Korang nak lunch time, kami layan lunch time. Kitorang datang lepas pukul 2. Pukul 2.30 dah habis???? Betul ke????

♬ original sound - OC

Berdasarkan video, lelaki tersebut menyatakan ketidakpuasan hatinya mengenai sistem angka giliran yang digunakan di JPJ Bandar Permaisuri. Biarpun tiba pada pukul 2, servis bersambung pada 2.30 petang. Lebih memburukkan keadaan selepas operasi bersambung dia diberitahu oleh pegawai yang bertugas bahawa angka giliran telah habis.

Dia bertanya pada pegawai tersebut sama ada perlu menunggu lagi atau terus pulang. Ternyata dia diberitahu untuk pulang. Jadi persoalan lelaki ini, betul atau tidak JPJ catu nombor angka giliran? Di ruangan komen ada yang beri penjelasan.

Sabarlah bang, lain kali kena ambil cuti dan masa sesiap. Kita kena standby dengan segala risiko bila berurusan dengan kerajaan ni! 

Destination: