[VIDEO] "Rupanya Tiada Lesen & 8 Rekod Jenayah Lampau" - Patutlah Rider Sanggup Langgar JPJ Nak Lari Roadblock!

TERKINI
September 18, 2023 - 12:11 PM


Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera dirempuh penunggang motosikal di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala Port Dickson.

Penunggang motosikal Yamaha Y125ZR itu bertindak sedemikian dipercayai kerana ingin melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan semalam.

Rakaman video memaparkan anggota JPJ berkenaan yang dilihat tercampak beberapa meter akibat dilanggar penunggang tersebut turut ditularkan di media sosial.

Bertindak atas laporan, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap dan didapati tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh pada Julai 2012 lalu.

SUSPEK ADA 8 REKOD JENAYAH LAMPAU

Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed memaklumkan bahawa semakan mendapati suspek turut memiliki lapan rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, suspek ditahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Difahamkan, suspek disiasat kerana menunggang secara cuai dan motosikal miliknya juga telah disita oleh pihak JPJ selepas kejadian tersebut berlaku.

@kamalteksi Ya Allah, kau dah kenapa dik, #JPJ pun kau langgar..? Memang cari penyakit. #KAMALTEKSI #tiktokawards #tiktokawardmy #selangor #rawang #selayang ♬ original sound - KAMALTEKSI

“Laporan polis telah dibuat (terhadap penunggang motosikal itu) dan dia diserahkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson untuk tindakan lanjut.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah Port Dickson esok (hari ini) untuk proses tahanan reman,” katanya memetik Free Malaysia Today.

ANGGOTA JPJ DIREMPUH ALAMI CEDERA RINGAN

Sementara itu, anggota JPJ yang dirempuh oleh suspek dilaporkan mengalami kecederaan di leher, kepala dan bengkak pada tangan serta kaki. 

Tidak mengalami kecederaan serius, mangsa yang dirawat di Hospital Port Dickson itu kemudian dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas selesai menjalani rawatan.

Terdahulu, tular rakaman di media sosial memaparkan penunggang motosikal itu yang tidak memperlahankan kenderaannya ketika hampir dengan kawasan sekatan.

Penunggang berkenaan terus merempuh seorang anggota JPJ yang bertugas di operasi sekatan lalu menyebabkan kedua-duanya terjatuh di atas jalan raya.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: