
"Mall Punya Besar, Tapi Suraunya Sekecil Itu Je?" - Netizen Persoal Surau TRX Mall Yang Tak Muslim Friendly
TERKINIPusat membeli-belah adalah antara tempat yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung khususnya pada hujung minggu lagi-lagi yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan mempunyai fasiliti yang lengkap.
Sebagai seorang Muslim, kewajipan menunaikan solat fardu perlu diutamakan dan antara faktor penting yang sering diutamakan ketika hendak pergi ke sebuah mall adalah keselesaan untuk beribadah dengan adanya surau yang luas dan nyaman.
Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua pusat beli-belah dilengkapi surau memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.
Ini termasuk di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur yang baru sahaja dibuka iaitu The Exchange TRX.
Namun begitu, surau di mall berkenaan dikatakan tidak Muslim-Friendly. Berdasarkan perkongsian seorang pengguna X, dapat dilihat ruangan solat di surau gedung berkenaan kecil dan tidak ‘seimbang’ dengan keluasan bangunan tersebut.
TRX,
— Zac (@ZacZakirin13) February 3, 2024
Menara kamu setinggi langit,
surau mall kamu sebesar liang lahad.
Tak muslim friendly lansung!
Tambahnya lagi, sistem pengudaraannya yang kurang memuaskan membuatkan suasana untuk beribadah menjadi tidak selesa dengan bau-bau kurang menyenangkan.
Ada juga beberapa komen yang mengatakan bahawa kedudukan surau tersebut jauh dan agak tersorok sehingga dilabel sebagai tidak mesra pengguna Islam.
Punyalah besar TRX ni dia letak surau hujung hujung dunia ni. Nasib baik ada lagi kat dalam. Sebelah uniqlo. pic.twitter.com/0bxehKFCsh
— brgsjks (@brgsjks) February 6, 2024
Dalam pada itu, ada juga yang memuji kerana dekorasi surau cantik dan selesa namun ruangannya amat terhad.
Surau di The Exchange TRX pic.twitter.com/GBXQdWeLys
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) February 6, 2024
“Tak padan dengan tempat yang luas. Kapasiti jemaah tak sampai 50 orang boleh muat. Nak keluar pun satu hal ruang sempit,” komen seorang wargamaya.
“Cantik tapi kecil. Mall besar boleh muat puluhan ribu umat, tapi surau boleh muat untuk beberapa saf je. Bayangkan bulan puasa, yang rata-rata memilih buka puasa dekat mall. Dengan waktu berbuka + solat maghrib yang singkat, confirm surau sesak. Besar kemungkinan ramai tinggalkan solat,” luah seorang lagi warga net.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mencadangkan untuk pergi ke surau yang terletak di menara Exchange 106, bersebelahan dengan pusat membeli belah itu kerana ia lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.
boleh pegi surau exchange 106 sebelah tu jer...cukup besar. foto 2021 pic.twitter.com/TdE3ZqU9cu
— Marfin Arifin (@iMarfin) February 4, 2024
Sumber: X, Remaja & Media Variasi