Percubaan Tol Tanpa Palang Akan Dilaksanakan Tahun Depan
TERKINIUjian percubaan terhadap penggunaan tol tanpa palang iaitu Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya di Malaysia akan dilakukan pada tahun depan. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang menjelaskan bahawa percubaan tersebut akan bermula pada 2024.
MLFF merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Ia banyak diaplikasikan di negara-negara Eropah termasuk negara jiran, Singapura.
"Kita akan cuba pada 2024 penggunaan tol tanpa palang secara cubaan," - Timbalan Menteri Kerja Raya #SisiTVParlimen #AWANInews pic.twitter.com/eiygVS2V5F
— Astro AWANI (@501Awani) November 6, 2023
“Kita dah buat kajian di banyak negara dan kita hendak yang terbaik. Sekarang dalam proses kajian dan dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024.
"Kita nak melihat keadaannya lebih sesuai kalau digunakan, maka kita menggunakan banyak kaedah-kaedah. Saya sendiri pun telah melihat kaedah tersebut sewaktu di ITS (intelligent transportation system).
Jelasnya, keberkesanan pelaksanaan MLFF telah dibuktikan oleh banyak negara dan kini pihaknya masih mencari waktu yang sesuai untuk digunakan.
“Banyak negara sudah menggunakan MLFF dan kegunaannya adalah sangat baik. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sumber: Kosmo