
"Satu Malaysia Dia Scam Ni" - Lelaki Dakwa Ditipu Tunang, Duit Lesap Rupanya Tak Boleh "Move On"
TERKININovember 14, 2023 - 03:03 PM
Zaman sekarang ni, mudah sangat kita terdedah dengan scam. Ada sahaja gaya kreatif yang digunakan semata-mata untuk mengaut wang dari mangsa dengan mudah. Namun siapa sangka, ada scam terbaru dengan cara ambil wang hantaran tetapi batalkan majlis.
Itu yang didehkan di Facebook oleh Nurul Aiman, yang mendakwa maruah dirinya dan keluarga dipijak dan ditipu oleh "tunangnya" sekeluarga.
Lelaki tersebut mendakwa dia ditipu oleh seorang gadis setelah segala persiapan perkahwinan sudah tersedia. Namun sebaik tiba di lokasi bersama keluarganya, tiada siapa yang menyambut mereka bahkan rumah tersebut kosong tanpa penghuni.
Tidak cukup dengan itu, Aiman turut menyatakan kekecewaannya apabila kononnya si bapa tunang turut bersekongkol dalam penipuan tersebut dan membawa lari wang hantaran sebanyak RM8000. Lebih mengejutkan apabila dia juga mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang dan sudah memiliki dua orang anak.
Bahkan, Aiman dan keluarga sudah membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut yang dianggarkan bernilai RM30,000.
Di sebalik pendedahan yang dilakukan, kecoh di ruang komen rupa-rupanya cinta lelaki tersebut telah ditolak bertahun yang lalu oleh "cik tunang". Ramai yang berpendapat, lelaki tersebut hanya reka cerita semata-mata untuk memalukan wanita yang menolak cintanya....Ha sudah...
Destination: