"Sekarang Ini Siapa Yang Tetapkan Harga Makanan?" - Individu Hairan Harga Di Food Festival Level Kayangan

TERKINI
February 20, 2024 - 03:01 PM


Kalau kita perasaan, sekarang ini macam-macam karnival makanan telah dianjurkan. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan viral, food festival adalah tempat yang tepat. Ini kerana, di situlah pelbagai viral makanan boleh didapati.

Namun, terdapat satu isu yang menjadi perbualan ramai apabila bercakap tentang food festival. Isu tersebut tidak lain tidak bukan adalah berkenaan dengan harga makanan yang dikatakan mahal.

Seorang pengguna X telah meluahkan kehairannya berkenaan dengan harga di food festival yang boleh dikatakan seperti harga level 'kayangan'.

Menurut individu tersebut, dia telah pergi ke sebuah festival dan hairan apabila melihat harga makanan yang dijual bermula RM15 sehingga RM55. Sedangkan makanan di situ sama seperti yang dijual di pasar malam malah harganya jauh lebih mahal.

“Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kenakan dalam sekitar RM15 ke RM55 ni kita perlu bincang dengan serius .

"Padahal karnival makanan ni dah macam pasar malam je taw tapi kenapa harga lagi mahal dari dalam pasaraya?” soalnya.

Individu tersebut juga menjelaskan bahawa dia telah membeli lapan jenis makanan dan ia bermula dari harga RM5 sehingga RM25.

“Bayangkan ayah-ayah yang kena bawa anak 3 ke 4 orang pergi karnival makanan macam ni. RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik," katanya lagi.

Walaupun begitu, individu tersebut tetap memberi pujian dengan mengatakan bahawa makanan yang dibeli sedap dan hanya tertanya dengan harga makanan.

"Good event, flow cantik. Pergi last day malam so senang sket dapat parking.

"Harga makanan je terkejut, faham sebab harga tapak tapi still rasa macam wow mahalnya," katanya.

 

Sumber: X

Destination: