"Semua Ini Perlu Dihentikan!" - Raja Permaisuri Agong Gesa Genjatan Senjata Di Gaza

TERKINI
November 16, 2023 - 12:36 PM


Keadaan yang semakin teruk saban hari di Gaza telah membuatkan ramai pihak baik orang awam mahupun pemimpin bersuara. Bukan lagi hanya rakyat biasa yang membuat gesaan, pemimpin-pemimpin negara lain juga bersuara agar penindasan yang dilakukan oleh Israel dihentikan.

Terkini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam sebuah sidang kemanusiaan di Istanbul menggesa agar gencatan senjata diadakan untuk menghentikan serangan ke atas Palestin.

Berucap pada sidang kemuncak ‘United for Peace in Palestine’, baginda bertitah agar pemimpin-pemimpin dunia mendesak Israel agar perang dihentikan, seiring dengan ratusan ribu rakyat yang menyokong gencatan senjata di Gaza.

 

@sinar_my Titah DiRaja KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada Sidang Kemuncak “United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace” di Istanbul, Turkiye hari ini (15 November 2023) Sumber : Istana Negara #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #fypシ゚viral #freepalestine🇵🇸❤️ ♬ original sound - SINAR

“Mereka datang dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama berbeza dan bertutur bahasa berlainan namun mereka memiliki satu suara mahukan keamanan, hidup dalam harmoni dan saling menghormati.

Beta berdiri di sini bukan sahaja sebagai Permaisuri, tetapi sebagai ibu, anak-anak yang amat disayangi. Beta berdiri di sini sebagai manusia dan kita mesti tegas bersuara supaya semua ini dihentikan,” titah baginda.

Sidang kemuncak yang diterajui Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan itu dihadiri oleh setiap pasangan ketua negara dan kerajaan serta wakil negara. Setiap daripada pasangan negara atau wakil diberi 10 minit untuk menyampaikan kenyataan mereka.

Selain itu, Raja Permaisuri juga menegaskan pencabulan hak asasi manusia yang sedang berlaku di Gaza itu membuatkannya bimbang akan keselamatan kanak-kanak di situ.

Titah baginda, gencatan senjata membolehkan organisasi kemanusiaan menghantar bekalan penting, manakala kumpulan tempatan boleh menyediakan perkhidmatan kecemasan.

“Beta dengan rendah hati bercakap untuk setiap seorang daripada mereka dan sebagai seorang Muslim, harus diingat adalah menjadi kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut penamatan semua permusuhan,” titah baginda.

 

Kredit: Lobak Merah & Kosmo

Destination: