"Sudah-Sudahlah"- Individu Dakwa Ada Kalimah Allah Pada Kartun ‘We Bare Bears’ Dihentam Netizen

TERKINI
April 29, 2024 - 04:15 PM


Isu berkaitan kalimah Allah kerap menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan timbul golongan yang dilihat terlalu ekstrem menuduh hampir semua bentuk rekaan kelihatan seperti kalimah suci itu.

Terkini, seorang pengguna X berkongsi satu tangkap layar memperlihatkan seseorang individu yang mendakwa wujudnya kalimah pada baju kolaborasi jenama Cheetah dengan kartun We Bare Bears. 

Menerusi hantaran tersebut, pengguna FB itu telah menyebarkan maklumat salah dengan mendakwa tag baju yang dibelinya terdapat lambang kalimah Allah walhal itu hanyalah huruf W dengan gaya seni tersendiri.

Difahamkan individu terbabit menyebarkan dakwaan tersebur di grup Facebook Kuala Terengganu Residen.

“Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu. Kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC itu, molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tep (tag) di baju.

“Baju ini saya beli dekat KTCC bahagian Pacific, Cubasetmung tengok molek lambang itu, memang betul nama Allah SWT,” katanya yang merujuk kepada perkataan ‘We (kami) dalam jenama tersebut.

Hal tersebut menyebabkan ramai netizen membidas individu itu di ruangan komen kerana dakwaan yang tular itu tidak benar dan palsu selain menyifatkan pakaian kolaborasi jenama Cheetah dengan kartun We Bare Bears hanyalah sekadar huruf berangkai biasa dan bukannya kalimah Allah seperti yang didakwa. 

 

Sumber: X

Destination: