[VIDEO] "Jatuh Masa Selfie" - Jambatan Kaca The Geong Banyumas Pecah, Ragut Satu Nyawa

TERKINI
October 26, 2023 - 11:40 AM


Dah banyak negara yang ada tarikan jambatan kaca yang sesuai jadi port bergambar. Buat mereka yang gayat akan ketinggian, sudah tentunya risau akan keselamatan diri dan pelbagai insiden yang tidak dingini boleh berlaku di dalam kepala mereka.

Siapa sangka, insiden yang sering menjadi igauan itu menjadi realiti di salah satu tarikan di negara jiran kita iaitu Indonesian.

Insiden pecahnya jambatan kaca The Geong Hutan Pinus Limpakuwus, Kabupaten Banyumas, menyebabkan dua orang terjatuh ketika mereka sedang berselfie. Akibat dari itu, salah seorang dari mereka meninggal.

Mangsa dikatakan tewas ketika dalam perjalanan menuju ke hospital, manakala seorang lagi cuma mengalami cedera ringan. Menurut polis, dua orang yang terlibat itu datang dari satu rombongan yang sedang bercuti sambil mengadakan reunion bersama rakan-rakan lama. 

Pantauan detikJateng, jembatan kaca ini berbentuk T membentang dari arah ke selatan dengan panjang sekitar 15 meter. Lalu setelah itu, jembatan ini berbentuk pertigaan dengan bercabang ke timur dan barat dengan panjang yang hampir sama.

Kejadian itu berlaku di saat ada empat orang dari rombongan tersebut sedang bergambar di suatu sudut di jambatan kaca itu manakala tujuh orang lagi berada di sudut yang lain. Secara tiba-tiba, terdengar bunyi kaca pecah lalu dua mangsa itu terus terjatuh ke bawah dari ketinggian 15 meter.

Destination: