"Wow, Nampak Kurus!" - Keadaan Terkini Siti Bainun Tarik Perhatian Ramai

TERKINI
November 14, 2023 - 11:20 AM


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik perhatian ramai ketika hadir untuk pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila kelihatan 'lebih kurus' berbanding sebelum ini.

Berat badan wanita berusia 31 tahun itu difahamkan menyusut kepada 90 kg berbanding 150 kilogram ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi, 3 Mei lalu.

Keadaan terkini wanita tersebut menarik perhatian ramai sehingga ada yang berjenaka perlu masuk ke dalam penjara untuk menurunkan berat badan.

"Erm nak kena masuk penjara dulu ke baru kurus?

"Siti bainun masuk penjara terus kurus.

"Siti Bainun pun dah kurus sikit. Anda bila lagi?

"Eh, betul ke itu dia? Dah kurus?

Siti Bainun yang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah dilihat memakai baju jubah merah jambu dan dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara.

Dia yang kini ditahan di Penjara Kajang, telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan terhadapnya, enam bulan lalu. Rayuan Siti Bainun kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella akan didengar di Mahkamah Tinggi hari ini.

 

Kredit: Harian Metro & Berita Harian

Destination: