"Bayar 2K Untuk Tu!" - Tarikan Unik Perkelahan Atas Langit, Depan Air Terjun Di Brazil

TRAVEL
September 04, 2023 - 04:19 PM


Anda bosan dengan percutian yang klisye? Apa kata cuba suatu perkara yang baru dan mencabar keberanian anda! Baru-baru ini viral sebuah video di platform X yang memaparkan satu pasangan dari Amerika sedang berkelah di satu port yang cukup unik dan tinggi!

Video tersebut menarik tumpuan ramai kerana mereka berkelah di udara! Mereka duduk di atas kerusi dan meja yang digantung sambil menikmati keindahan air terjun di Cascata da Sepultura, di Brazil.

Menerusi laporan, keseluruhan pengalaman yang unik itu berharga $450 (~RM2,089) untuk 15 minit sahaja. Harga tersebut sudah termasuk dengan gambar dan video dari dron.

“Ia hanya kira-kira 15 minit. Pengalaman lebih kepada pemandangan, bukan makanan,” kata Christianna

Pastinya pengalaman unik yang disediakan agensi pelancongan Brazil ini akan memberikan pelancong satu pengalaman bermakna kerana dapat merasai sesi perkelahan tergantung di atas Cascata da Sepultura, di Rio Grande do Sul.

Destination: