"Boleh Fe-Feeling Jadi Shrek!" - Airbnb Realisasikan Shrek's Swamp!

TRAVEL
September 27, 2023 - 01:30 PM


Antara filem kartun animasi komedi yang pernah menggegarkan dunia dan mempunyai jumlah peminat dewasa yang ramai, tidak lain tidak bukan filem Shrek! Filem yang sering menampilkan unsur parodi ini sememangnya berjaya menambat hati para pencinta filem animasi.

Kalau sebelum ini, Airbnb menawarkan penignapan di rumah fiksyen terkenal seperti Barbie's Malibu House, kini giliran Shrek's Swamp pula!

Para pencinta ogre dan juga filem animasi Shrek pasti ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah Shrek yang dicipta 100% berdasarkan filem animasi popular tersebut. Suasana yang berlecak, berkulat dan juga penuh dengan perabot diperbuat dari kayu! *Semua tiruan je tau*

Shrek's Swamp bakal dibuka dari 27 hingga 29 Oktober sahaja dan mampu menampung sehingga 3 orang tetamu. Tempahan pula mula dibuka dari Oktober 13! Kanak-kanak pun berumur 5 tahun ke atas turut dialu-alukan.

Lokasi Shrek's Swamp tertelak di dalam hutan yang nyaman di Scottish Highlands! Lebih menarik, setiap kutipan tempahan bakal didermakan kepada badan amal kanak-kanak HopScotch di Scotland. Kalau ada yang berminat, anda boleh cuba menempah di link ini 

Destination: