Family Trip: Panduan Lengkap Ke Hatyai Dari Kuching Sarawak Melalui Train

TRAVEL
January 13, 2023 - 05:07 PM


Biasa ramai orang kongsikan trip dari Kuala Lumpur ke Hatyai kan? Kali ini khas untuk mereka yang berada di Sarawak pula. Perkongsian ini datang daripada Faizah Li di mana baru-baru ini beliau bersama keluarganya berkongsi itineri dan juga tip buat warga Kuching untuk jalan-jalan cari makan di Hatyai.

Berikut adalah kesimpulan, perkongsian tip dan itinerari beliau untuk ke Hatyai:

Perjalanan

1. Tempah tiket dari Kuching ke Penang. Disarankan untuk mengambil penerbangan awal pagi.

2. Dari lapangan terbangan terus ke stesen Kereta api KTM Butterworth dengan menaiki Grab.

3. Dari KTM Butterworth beli tiket ke Padang Besar. Tiket berharga RM 11 untuk dewasa manakala RM 5 untuk kanak-kanak. Perjalanan pula mengambil masa sekitar 2 jam. Disarankan untuk membawa bekalan makanan sendiri memandangkan perjalanan mengambil masa yang lama.

4. Dari Stesen Padang Besar, ada 3 cara untuk ke Hatyai

  • Naik kereta api Thailand (Harga tiket RM 10 ke bawah)
  • Naik van RM 30 (pusat perhentian van terletak di atas stesen KTM
  • Bas

Untuk trip kali ini, beliau memilih menggunakan van dari Stesen Kereta api Padang Besar ke Hatyai. Dari KTM Padang Besar, ‘supir’ akan membawa penumpang ke Imigresen dan terus ke hotel.

Anda tidak perlu risau ‘mengheret’ bagasi dan barangan anda jika dibandingkan menaiki kereta api ataupun bas. Sangat memudahkan!

Tambahnya, supir akan terus menyerahkan borang kemasukan pelancong ke Thailand. Sangat berbaloi, efisien dan mudah!

Menariknya, van mereka siap dilengkapi dengan wifi.

Untuk penginapan pula, mereka menginap di Siam Mansion. Difahamkan, hotel ini antara hotel yang sangat disyorkan oleh kaki travel kerana bersih, murah dan semestinya cantik.

Hatyai syurga makanan buat pelancong

Dalam perkongsian itu, beliau sempat ke Pasar Terapung yang cukup terkenal di wilayah Hatyai, Songkhla.

Ada berbagai jenis Thai street food yang dijual di sini. Jika anda pencinta makanan Thai, tidak keterlaluan jika kami katakan yang Pasar Terapung ini memang syurga makanan Thai!

Bukan itu sahaja, beliau berkesempatan berkunjung ke kedai serbaneka 7 Eleven. Walaupun di Malaysia ada kedai serbaneka 7E ini, tetapi boleh dikatakan ramai yang lebih menggemari cawangan di Thailand.

Macam-macam jenis makanan ada. Snek yang dijual di sini pun boleh tahan menarik juga.

Untuk perjalanan balik pula, sekiranya anda ingin menggunakan khidmat van itu semula anda disarankan untuk membuat tempahan sehari lebih awal.

Untuk yang berniat untuk melancong ke Hatyai bersama keluarga mahupun kawan-kawan bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan untuk anda!

Ini pula versi bahasa Sarawak, mungkin lebih faham versi yang ni kan?

Rasanya rame orang Sarawak maok ke Hatyai untuk JJCM tapi sik tauk cara. Ok kmk share o untuk sapa sapa berkeinginan pergi sebab sangatlah simple!

First ktk org book tiket Kuching- Penang, so far tok paling relavant bagi kmk. And furthermore tambang Kuch- Penang sik mahal gilak. Pande2 nilit tiket k! Ambik tiket pagi pukul 9 sampe kol 11, so ktk org terus dpt direct ke station KTM Butterworth. Sebab mun dr KL ke pennag gik makan masa terlalu lamak. Kepak agik nak o.

Kmk pake grab terus nuju KTM Butterworth, lepasya beli tiket KTM Butterworth ke Padang Besar. RM11 untuk adult RM 5 untuk nembiak. Perjalanan selamak 2 jam ( so pastikan ktk org bekal makanan sebab ada 2 jam agik or sejam lebih perjalan dari padang besar ke hatyai)

Ok bila dah sampe padang besar, ada 2 cara ke Hatyai

1- pake train sidak Thai (lupak harga tapi bawah RM10 ka RM10)

2- pake van RM30 duit Malaysia (stall daknya mmg atas KTM ya)

Kmk jenis malas nak byk pikir kmk make van, lagikpun ngembak dak segala luggage ngembak anak agik, yang bestnya mun make Van tok nya ambik ktk dari station KTM, ke Imegressen dan terus ke Hotel ni ktk tinggal. Sangat sangat berbaloi dan efficient. van daknya ada wifi ok. Masa beli tiket van ya, kita terus diberik borang masuk Thai, and kmk terus meli simkad dengan sidak. Terpulang ktk org la nak beli kat sia ka sik.

If make bas ktk org kenak pegi dikpun ke imi Malaysia and bejalan ke train station sik silap lah.

So less hassle mmg kmk pilih van. Again pastikan bekal jajan or aek kelak terit urat palak kelaparan. Perjalanan dr butterworth ke hatyai sangat makan masa dan melaparkan k.

Bila dah settle Imi Malaysia dan Thai, then settle daknya akan nganta ktk org direct to the hotel door rembulak. So dah boleh start food hunting!

For me hatyai sangatlah syurga makanan sebab murah dan sangat banyak makanan sedap yang halal. So sorg mbak 500 pun cukup dah, tapi mun nak shopping bagi kmk sik cukup o sebab d 7E pun ktk org boleh shopping. Pelek tapi benar

Mun pulang ktk org mok make van ya agik ktk org ws daknya sehari sebelum balit and of course service nya terbaik ambik trrus dr hotel atau di mana mana ktk org nunggu masa ya.

Bah harap membantu, tapi pastikan ktk orang bebekal ubat ubatan dan juak makanan sunnah sebab perjalanan yg makan masa akan boleh jadi macam macam o. Mcm kmk kmk mbak jus Asmak (sebB makanan sinun pedas masam mudah nak mantei tekak) minyak asmak pake melega perut sakit mbak ku berentam makan kerabu, ingus lileh pun Asmak settle mabok mabok bejalan kmk rolls jak Aromatheraphy Asmak settel!

Smoga posting ini bermanfaaat gaiss

Layanz gambar byk gila gmbar tapi cukupla share byk ya jak takut mual selauk jarik ktk org scroll kelak hahaha.

Jgn lupak follow kmk d TT juak mun ktk ada TT kmk byk review travel and hotel kmk diam masa travel. Jom follow

https://www.tiktok.com/@faizahli?_t=8Yr1aks4ch0&_r=1

Destination: