IOI City Farm - Tarikan Terbaharu Bawa Anak-Anak Berjalan Sambil Belajar
TRAVELSejak kebelakangan ini cuaca sangat sukar untuk dijangka. Sekejap hujan sekejap pula panas. Sampai anak-anak pun dah mula mengadu bosan asyik terperap di rumah walaupun mereka cuti sekolah.
Apa kata anda bawa saja anak-anak berjalan sambil belajar mengenali tumbuhan dan berinteraksi dengan haiwan tanpa perlu risau keadaan cuaca di luar.
Terbaharu, pusat membeli belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall memperkenalkan IOI City Farm -- sebuah tarikan unik berkonsepkan taman ladang dalam bandar buat julung kalinya di Malaysia.
Ruang edutainment (didik hibur) ini berkeluasan 18,000 kaki persegi dan memiliki 3 zon berbeza iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.
Ketiga-tiga zon ini membawa pengunjung untuk belajar mengenal haiwan serta tumbuh-tumbuhan sambil merasai pengalaman seperti di ladang sebenar!
Berikut adalah info menarik mengenai IOI City Farm yang perlu anda tahu:-
1) Dilengkapi dengan ahli zoologi, aquarist dan ahli botani yang berkelayakan. Oleh itu, pengunjung, terutamanya kanak-kanak akan mendapat peluang belajar daripada pakar dalam bidang tersebut sendiri.
2) Bukan hanya ruang pameran, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, bengkel DIY, berinteraksi serta membelai haiwan dan lain-lain.
3) Apabila masuk dari pintu utama di tingkat dua, pengunjung akan disambut dengan kehijauan tumbuhan dan persekitaran nan indah.
4) Green Land (Zon Tumbuhan) memaparkan akuaponik dan tumbuhan karnivor. Menempatkan sebanyak 111 spesies tumbuhan dalam bangunan yang merangkumi sembilan seksyen
5) Little Rimba (Zon Haiwan) menampilkan haiwan peliharaan comel seperti bengal cat, sugar glider, landak, arnab, musang fennec, tikus belanda dan sebagainya.
6) FreshWater World (Zon Akuatik) menampilkan 50 spesies akuatik air tawar, antaranya sturgeon besar dan arapaima dari Amazon.
7) Di bahagian tengah seluas 21.4 meter persegi adalah ruang yang dikenali sebagai Green Glades. Ia adalah konsep terarium terbuka yang mewakili hutan terbuka. Terarium ini akan dipenuhi dengan pelbagai spesies flora.
8) Sudahpun dibuka pada 25 Ogos, waktu operasi adalah bermula 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari
9) Terletak di AT6, Aras 2, IOI City Mall Putrajaya
10) Harga tiket
Dewasa: RM37 bagi hari bekerja; RM48 bagi hujung minggu
Kanak-Kanak: RM48 bagi hari bekerja; RM58 bagi hujung minggu
Warga Emas & OKU: RM32
Pastinya ramai ibu bapa teruja dan sudah tidak sabar membawa anak-anak mereka merasai tarikan terbaharu di pusat membeli belah IOI City Mall. Jadi tunggu apa lagi? Jom bawa anak-anak beriadah ke sana hujung minggu nanti.