Istanbul: Bukan Lagi Percuma, Pelancong Kini Perlu Membayar RM128 Untuk Melawat Hagia Sophia

TRAVEL
January 18, 2024 - 11:19 AM


Apabila hendak melancong ke Turkiye, pasti Hagia Sophia yang terletak di Istanbul berada dalam senarai tempat-tempat yang ingin dilawati.

Terkenal sebagai masjid yang menjadi simbol ikonik kerana penuh dengan sejarah, Hagia Sophia sebelum ini percuma untuk dilawati para pelancong. Namun, bermula 15 Januari lepas, ada bayaran kemasukan yang dikenakan untuk pelawat. 

Berdasarkan laporan dari Hurriyet Daily, Hagia Sophia mengenakan bayaran sebanyak €25 (RM128) untuk seorang pelawat. 

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye telah mengusahakan satu cara untuk memisahkan pintu masuk jemaah dan pengunjung budaya ke Masjid Hagia Sophia. Pelancong kini akan memasuki pintu masuk sisi untuk mengunjungi masjid tanpa mengganggu persekitaran tempat ibadat.

Pintu masuk utama pula hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Pembelian tiket masuk akan membolehkan pelawat mengakses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.

 

Sumber: Hurriyet Daily & The Vocket 

Destination: