Itinerari Dan Tempat Menarik di Sri Lanka, Dari Tanah Tinggi Ke Pantai Selatan

TRAVEL
November 30, 2023 - 05:55 PM


Saya yakin Sri Lanka bukan lah negara tumpuan utama untuk dilawati buat rakyat Malaysia, walaupun buat diri saya sendiri. Jadi, bila sudah sampai di Sri Lanka, saya tak letak any expectation pun kat negara ni especially bila saya solo backpacking untuk trip ni.

But it turns out, saya lebih enjoy spent masa berada di Sri Lanka berbanding negara negara Eropah yang saya visit tahun 2022. - Dua benua yang berbeza tapi Sri Lanka lagi best(my pov)

Apa menariknya Sri Lanka?

- Negara yang sangat cantik

- Sangat bersih

- Rakyatnya pula sangat peramah

- “Murah” bagi rakyat Malaysia

Selepas habis satu hari di Colombo, saya teruskan perjalanan ke Kandy, Nuwara Eliya, Ella dan Mirissa. Colombo post - https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/5891154434280118/?mibextid=W9rl1R

Sebelum ke Sri Lanka, “highlight of the trip” saya adalah hiking ke Lion’s Rock. tapi disebabkan cuaca tak menginzinkan, terpaksa skip kali ni.

Aktiviti saya di Central highlands dan South Coast, Sri Lanka:

Day 2: Kandy (Cultural capital of Sri Lanka, bandar terakhir dijajah oleh British)

*Dari Colombo ke Kandy, perjalanan keretapi mengambil masa 4 jam dan please expect some delay.

- Buddha statue (untuk dapatkan view Kandy dari atas bukit)

- Kandy Lake

- Kandy town

- Kandy Royal Botanical Garden

- Tooth Buddha Relic Temple

Day 3: Nuwara Eliya

Wajib ambil train dari Kandy ke Nuwara Eliya, perjalanan sekitar 3 jam.

Honest opinion: tempat ini merupakan bandar paling tinggi di Sri Lanka, cuaca sangat sejuk. boleh juga diibaratkan seperti Cameron Highland. tiada aktivit menarik selain tea plantation dan waterfall which both of them ada juga di Ella.

Nuwara Eliya town (bandar kecil)

So saya rasa boleh skip dan teruskan perjalanan train ke Ella

Day 4: Beautiful scenery of train ride to Ella

Kalau boleh dapatkan window seat, sediakan playlist yang best dan enjoy the view. Perjalanan sekitar 4 jam. Ambil 3rd class, nak lagi padu, ambil slow train instead of express train. Reason: dapat experiencing local naik train

Sewaktu dalam train ni, saya dapat peluang untuk berbual dengan locals tentang macam mana economic crisis in Sri Lanka affecting their life - saya akan share do posting yang lain. dan honestly, sangat sedih.

Sampai je Ella, letak beg di hostel, makan petang dan terus berjalan ke Nine Arches Bridge, and it was soooooo beautiful.

Day 5: Adventurous activities in Ella

Bermula dari Ravana falls dan hiking ke Diyaluma falls (sejam dari Ella town). the view was so breathtaking.

Diya Pokuna Cave, caving selama 80m ke bawah dan mandi di pool berwarna biru. sangat gelap (torchlight disediakan) dan rasa panas bahang sepanjang caving.

Jalan sekitar bandar kecil Ella

Day 6: Sunrise di Ella

Jam 4 pagi keluar dari hostel untuk hiking selama 2 jam ke Ella’s Rock untuk view sunrise. hiking agak susah, steep agak tinggi tapi sangat worth it. rasa seperti semua masalah terus hilang bila dapat lihat view secantik di sini.

Pergi ke Tea factory, belajar cara tea diproses di sana. Tea merupakan export utama di Sri Lanka, dan main economy selain fabric.

Naik bus selama 5 jam (siapa yang tak suka naik bas macam roller coaster, saya tak suggest) ke Hiriketiya

Day 7: Hiriketiya dan Mirissa (perjalanan sekitar 40 minit)

Hiriketiya merupakan pantai utama untuk aktiviti surfing.

Dan seterusnya ke pantai utama di Sri Lanka, Mirissa beach for relaxing activity dan tahun baru.

Day 8: Mirissa

Rehat dan rehat

Day 9: Galle dan tahun baru

Sewa motor sekitar 2500 Lkr untuk ke historical town, Galle Dutch Fort.

Unawatuna Beach

malam tahun baru di pantai Mirissa

Day 10: Negombo dan pulang

Ambil bus highway ke Negombo (perjalanan dalam 2 jam 30 minit dan berharga 1800 lkr)

Negombo bandar paling dekat dengan Colombo airport (CMB)

Dengan rasa berat hati, terpaksa meninggalkan negara ini dengan pesawat Air Asia pada jam 12.30 malam

Hostel:

Kandy - Kandy Backpacker’s Hostel (2/5) 8 usd

Nuwara Eliya - Good Vibe (3/5) 6 usd

Ella - Downtown Hostel Ella (5/5) 7 usd

Hiriketiya - 15 Bunk (4/5) 8 usd

Mirissa

Why Not Hostel (3/5) 10 usd

Sun and Moon (4/5) 8 usd

Cost:

Saya beli tiket flight ini 3 minggu sebelum fly so harganya mahal sikit. average harga dalam RM1.2k untuk return ticket (AA)

total cost termasuk tiket flight, makanan, hostel, transportation: RM2.6K untuk 10 hari

Matawang: Sri Lankan Rupee

Train pula, kalau nak dapatkan seat, beli la seat online siap siap. kalau tak memang kena berdiri atau tunggu seat kosong. harga train sekitar RM 2-10 sahaja.

Di Colombo dan south coast, boleh guna Uber dan PickMe (ada pilihan tuktuk) untuk transportation.

Bagi orang islam, makanan halal sangat mudah didapati. Setibanya waktu solat, azan di masjid pula akan didengari. Sri Lanka adalah negara majoriti buddha, dan diikuti hindu (mostly Tamils) dan seterusnya islam.

Cuaca, lebih kurang di Malaysia. kecuali di kawasan highland so please prepare sweater. Timezone pula lewat 2 jam 30 minit waktu Malaysia

Inshaallah nanti saya akan cerita “struggle” rakyat Sri Lanka yang sedang dilanda economic crisis dan apa traveler perlu tahu/expect jika berada di sana. Bahaya atau tak? perlu ke traveler risau terutamanya pergi solo?

I share more tips and information regarding my Sri Lanka trip on my Instagram: https://www.instagram.com/izzudinpauzi

Sekiranya ada soalan, jangan la malu tanya. Semoga bermanfaat

Perkongsian Izzuddin Pauzi

Destination: