Jambatan Kaca Tamparuli - Sabah Miliki Satu Lagi Tarikan 'Fear Factor' Baharu

TRAVEL
June 14, 2023 - 04:42 PM


Jika anda bercuti ke Sabah dan mencari suatu kelainan yang membangkitkan adrenalin -- anda boleh mencuba tarikan terbaharu yang ada di sana iaitu Jambatan Kaca Tamparuli atau 'The Glass Bridge Tamparuli'!

Terletak di Bungalio Hill, Kiulu -- jambatan kaca tersebut yang dikatakan pertama seumpamanya di Sabah telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Bagi anda yang teringin untuk mencabar tahap kegayatan dengan jambatan tinggi dengan lantai kaca ini -- anda boleh cuba menyusurinya ketika bercuti ke Sabah nanti.

Tips masa terbaik untuk mengunjungi jambatan kaca tersebut adalah pada waktu matahari terbenam di mana pemandangannya dari atas dapat anda nikmati seluas 360 darjah dengan pemandangan menakjubkan.

View memukau itu juga pastinya boleh menjadi background untuk anda merakamkan video kenangan terindah serta gambar OOTD menarik bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan.

Meskipun ramai yang menyifatkan The Glass Bridge Tamparuli sebagai 'jambatan kaca pertama di Sabah' -- namun ada beberapa pihak membetulkan fakta tersebut dengan mengatakan jambatan baharu berkenaan bukanlah yang pertama memandangkan terdapat sebuah lagi jambatan kaca yang sudah wujud terletak di Tenom, Sabah.

Tidak kisahlah ianya jambatan kaca pertama atau kedua, yang penting tarikan terbaharu tersebut mampu menggamit kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu.

Di bawah ini disertakan maklumat berkenaan harga tiket masuk jika anda ingin merasai pengalaman menaiki Jambatan Kaca Tamparuli.

HARGA TIKET MASUK JAMBATAN KACA TAMPARULI

Sumber: I Love Borneo.my

Destination: