Kedai Buku Terbesar Jepun, Tsutaya Books Akhirnya Tiba Di Bukit Jalil!

TRAVEL
July 15, 2022 - 05:29 PM


Jenama besar kedai buku Jepun, Tsutaya Books akhirnya tiba di Asia Tenggara! Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama. Terletak di gedung membeli belah terbaru iaitu Pavilion Bukit Jalil. Terdapat melebihi 240,00 naskah buku, barang perhiasan dan juga seni.

Selain dari pelbagai genre buku yang menanti semua ulat buku, Tsutaya Books juga memabawa konsep ilmu dan juga seni. Terdapat sudut menarik untuk anda yang sukakan seni halus dan beberapa pameran kecil

Antara pameran yang mencuri tumpuan adalah ‘Ferari Limited Edition Collector’s ‘Ferari Limited Edition Collector’s Book’ dan juga galeri seni yang terkandung pelbagai hasiltangan Jepun termasuk juga jurugambar terkenal iaitu Kotori Kawashima.

Kalau dah puas mencari buku yang anda hajatkan, anda boleh berehat di kafe yang berinspirasikan Jepun! Terdapat minuman terkenal mereka iaitu Kyoto Matcha dan juga pencuci mulut seperti Dorayaki dan Fruit Parfait.

Sumber & Kredit: says.com

 

Destination: