Lapland Finland Antara Tempat Terbaik Untuk Lihat Aurora 2024

TRAVEL
January 09, 2024 - 02:55 PM


Terbang ke IVALO yang merupakan lapangan terbang paling utara di Finland dari HELSINKI menaiki Norweigian Air Shuttle. Terus menuju ke pekan kecil SAARISELKA yang turut menjadi terdapat beberapa kemudahan sukan musim sejuk.

2 malam di Saariselka dan sempat menaiki kereta yang ditarik reindeer memasuki beberapa kawasan hutan pine.

Suhu mencecah -30 pada malam hari tetapi alah bisa tegal biasa dengan pakaian tebal yang disewa.

Hanya beberapa saat sahaja sang aurora muncul namun ia seolah-olah bersembunyi pada cuaca yang agak mendung.

Bergerak ke ROVANIEMI atau bandar yang terkenal dengan jolokan Santa Clause Town ini, terdapat sebuah pusat pelancongan yang direntasi garisan artik.

Pada ketika itu (2016) terdapat kaunter yang mengecap pasport antarabangsa milik pengunjung menandakan seseorang itu melintasi garisan artik. Namun, tiada lagi Imigresen di sana dan tidak lagi membenarkan pasport antarabangsa dicap.

Malam hari ketika saya di Rovaniemi, peluang amat cerah untuk melihat sang aurora. Saya berkesempatan ke beberapa lokasi di sekitar Rovaniemi yang sang Aurora amat jelas kelihatan dengan mata kasar.

Cahaya aurora begitu unik, dan tidak hanya statik. Ia seumpama menari-nari bagaikan tiada irama dan rentak seperti ombak di lautan. Tidak hanya warna kehijauan atau kekuningan tetapi pada malam itu cahaya aurora bewarna merah dan ungu jelas kelihatan.

Saya tidak menghabiskan masa dengan kamera dan biarlah saksikan dengan mata kasar pengalaman singkat ini. (Terdapat juga rungutan dari pengunjung yang banyak habiskan masa untuk setting kamera dan terlepas melihat cahaya berkenaan)

Allah Maha Besar dan mensyukuri nikmat ini berpeluang menyaksikan anugerahNya.

Penulis: Mohd Zulkifli Hashim

Destination: