Nak Melancong Ke Eropah Tahun 2024? Jangan Lupa Korang Kena Mohon 'Permit' ETIAS Dulu Tau!
TRAVELBermula tahun hadapan 2024 -- semua rakyat Malaysia yang ingin memasuki mana-mana negara anggota Kesatuan Eropah atau Schengen perlu terlebih dahulu mendapatkan dokumen dalam talian yang dikenali sebagai ETIAS.
Menurut laman web Visa Schengen, rakyat Malaysia perlu memohon ETIAS atau sistem maklumat dan kebenaran perjalanan Eropah.
Pemegang pasport Malaysia pada masa ini mempunyai akses bebas visa ke Zon Schengen Eropah, yang terdiri daripada 27 negara yang berfungsi sebagai satu kawasan.
“Rakyat Malaysia mesti mempunyai ETIAS untuk melawat negara berikut Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.
“Ia juga diperlukan untuk melawat negara mikro Eropah yang sempadannya terbuka seperti Monaco (melalui Perancis), San Marino (melalui Itali) dan Vatican City (melalui Itali),” menurut laman web itu.
Ini perkara yang perlu anda ketahui tentang ETIAS:
1. ETIAS bukan keperluan visa dan hanya bertujuan untuk menyimpan rekod siapa yang masuk dan keluar dari Zon Schengen.
2. Permohonan dibuat secara atas talian.
3. ETIAS valid untuk tempoh tiga tahun dan pemegangnya boleh masuk beberapa kali bagi tujuan pelancongan, lawatan atau perniagaan.
4. Rakyat Malaysia boleh tinggal di Eropah maksimum 90 hari dalam tempoh 180 hari.
5. Harga ETIAS €7 kira-kira RM35.50 bagi pemohon 18 hingga 70 tahun manakala kanak-kanak dan warga emas percuma.
6. Pemegang tidak perlu membeli polisi insurans perjalanan untuk memasuki mana-mana negara ahli ETIAS.
7. Aplikasi ETIAS boleh dinilai melalui laman web rasmi ETIAS atau aplikasi mudah alih.
8. Proses permohonan lebih kurang 10 minit dan pemohon akan terima keputusan selepas beberapa minit.
9. Rakyat Malaysia perlu menunjukkan kebenaran ETIAS di sempadan Zon Schengen bersama pasport, bukti tujuan kemasukan dan dokumen sokongan seperti tempahan hotel atau jemputan untuk mesyuarat perniagaan, serta bukti kewangan yang mencukupi.
ETIAS bukanlah visa sebaliknya hanya 'permit' yang merekodkan jadual keluar dan masuk pelancong.
Sumber: Mstar