'Orkid' Bunga Tema Floria Diraja Putrajaya Yang Dibuka Mulai Hari Ini Hingga 4 Sept
TRAVELHari ini (29 Ogos) -- Floria Diraja Putrajaya 2022 mula membuka tirainya kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 10 malam!
Bertemakan 'Hebat FLORIA', ia bakal mempersembahkan pameran flora dan pertunjukan lampu taman pada waktu malam sepanjang 7 hari acara itu berlangsung hingga 4 September depan.
Floria Diraja Putrajaya 2022 juga akan mempersembahkan dua pemandangan berbeza pada waktu siang dan malam serta menjadikan bunga orkid sebagai bunga tema kali ini.
Penganjuran tahun ini turut dijayakan lebih 20 agensi, kebun komuniti dari sekitar Putrajaya dan luar untuk menjual pelbagai produk mereka di bazar Floria 2022.
Sesuai dengan pemilihan orkid sebagai bunga tema, pameran tersebut menghimpunkan kira-kira 10,000 pokok orkid selain lebih 400,000 pokok pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan seta tanaman hiasan.
25 komponen utama Floria dipamerkan dan antara yang menjadi tarikan adalah :
- 'Wall of Orchids' yang menghimpunkan lebih 300 bunga orkid
- 'Oncidium Tunnel' dengan 10 struktur besi dibentuk menyerupai terowong sebagai laluan Diraja.
- Taman Keluarga Malaysia dengan konsep yang diadaptasi melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran
- Laman Astaka Diraja dengan konsep bermula melalui pintu gerbang hadapan bercirikan motif songket.
Menurutnya penganjuran kali ini melibatkan kos sebanyak RM3 juta.
Penggemar Tiktok dan Instagram ada dua sesi berbeza mereka boleh datang.
Bayaran kali ini sebanyak RM15 untuk dewasa, RM5 untuk warga emas serta kanak-kanak dan RM100 untuk pengunjung antarabangsa.
Sumber: Bernama & Kredit Gambar: Mekjat Channel