Pukau Deria Anda Di Van Gogh Alive, Pavilion Bukit Jalil!

TRAVEL
December 01, 2022 - 04:54 PM


Berita baik! Khas untuk anda yang sukakan hasil seni dari pelukis terkenal dunia Vincent Van Gogh! Satu pameran interaktif bakal diadakan di Pavilion Bukit Jalil. Ini adalah waktu yang tepat untuk anda nikmati sendiri karya-karya hebat Van Gogh.

Pameran interaktif Von Gogh Alive ini bakal dibuka dari 17 Disember sehingga 16 Mac 2023! Lagi menarik, pameran ini bakal disiarkan melalui satu projektor yang akan memenuhi setiap ruangan dan menarik setiap deria para pengunjung!

Setiap ruangan pameran bakal memukau pengunjung dengan lampu, warna bunyi dan juga aroma! Memang Satu pameran seni yang unik dan sempurna untuk anda yang suka bergambar!

Untuk pengetahuan anda, pameran Van Gogh Alive pernah diadakan di Australia, United Kingdom dan 80 buah bandar! Selain itu, pameran ini berjaya menarik pengungjung seramao 8.5 juta seluruh dunia. 

Link untuk pembelian tiket: https://www.cloudjoi.com/shows/van-gogh-alive

Destination: