"SuperPark Malaysia"- Tempat Menarik Untuk Aktiviti Indoor Bersama Seisi Keluarga

TRAVEL
October 16, 2023 - 03:31 PM


Beriadah atau melakukan aktiviti yang sihat bersama keluarga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping mengekalkan tahap kesihatan.

Bagi anda yang mencari tempat untuk melakukan aktiviti fizikal, SuperPark Malaysia merupakan salah satu pilihan yang terbaik.

Terletak di Avenue K, Kuala Lumpur, taman permainan Indoor ini direka khas oleh Taneli Sutinen yang mendapat inspirasi ketika beliau melihat anak perempuannya bermain di taman aktiviti dalaman yang kecil. Disebabkan beliau mengalami kesukaran untuk bermain bersama anaknya, dari situlah bermulanya idea untuk belia mencipta satu taman permainan indoor yang dapat dinikmati seisi keluarga.

Di Superpark, terdapat 3 bahagian utama untuk lebih 25 aktiviti. 3 bahagian tersebut adalah: 

  • Adventure Area – bahagian ini lebih kepada aktiviti seperti flying fox, trampoline, trek ninja, gelongsor tube dan lain-lain. Aktiviti di bahagian ini menggabungkan keseronokan dengan cabaran yang menguji fizikal dan mental kanak-kanak, menyumbang kepada pembesaran mereka.
  • Game Arena – bahagian ini pula menempatkan aktiviti yang berteraskan sukan seperti baseball, basketball jalanan, bowling, golf dan banyak lagi. 
  • Freestyle Hall – bahagian ini untuk mereka yang suka akan aktiviti-aktiviti lifestyle yang berbeza seperti wall climbing, skate, dan iwall yang menggabungkan senaman dengan gaming.

Untuk anda yang suka menguji ketahanan fizikal dan mental sendiri atau anak anda, bolehlah cuba bahagian Adventure Area. 

Kebanyakan aktiviti di bahagian ini akan membuatkan anda dan anak anda melompat keseronokan. Jadi, confirm best punyaaaa.

Bagi mereka yang suka dengan aktiviti yang berunsurkan sukan, boleh cuba bahagian Game Area. Dekat bahagian ini, macam-macam sukan ada yang bukan sahaja akan membuat kanak-kanak suka, golongan dewasa pun confirm akan suka.

Untuk bahagian Freestyle Area, bahagian ini memang menjadi pilihan ramai khususnya golongan dewasa. Banyak aktiviti yang berunsurkan senaman berada di bahagian ini. Untuk mereka yang datang semata-mata kerana senaman, di sinilah tempat anda.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda bersama keluarga lakukan di SuperPark Malaysia. Berkenaan dengan safety pula, pihak SuperPark Malaysia sentiasa peka memastikan penjagaan keselamatan yang ketat agar tiada kecederaan yang tidak diingini berlaku. Jadi, jangan risau untuk membawa anak-anak anda pergi ke taman permainan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari SuperPark Malaysia.

Kredit: Mai Singgah 

 

Destination: