Tak Tahu Nak Buat Apa Hujung Minggu? Pukau Deria Anda Di Muzium Illusi Kuala Lumpur!

TRAVEL
June 29, 2022 - 12:01 PM


Tak tahu nak pergi mana untuk aktiviti hujung minggu ini? apa kata korang meneroka dunia illusi dan alami satu pengalaman yang unik dan menghiburkan!

Jom ke Muzium Illusi Kuala Lumpur rasai sendiri pengalaman menarik secara visual mahupun deria yang pastinya memberi keseronokan. MOI merupakan muzium berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium berinteraktif

MOIKL yang baharu ini memperlihatkan 50 pameran! Antara yang utama adalah seperti:-

1. Vortex Tunnel

Pameran hebat dan menarik ini membuat minda dan tubuh anda bersangka dan berasa seperti lantai yang anda pijak sedang bergerak sedangkan sebenarnya tiada sebarang pergerakan berlaku.

2. Infinity Room 

Bilik Infiniti merupakan satu ruang istimewa yang membolehkan anda merasai infiniti dari setiap sudut hasil daripada cermin infiniti yang mewujudkan ilusi optik ruang infiniti.

3. Perigi Infiniti

Anda kini berpeluang merasai bagaimana rasa terapung di dalam perigi.

4. Following Eyes

Ia merupakan satu ilusi optik yang memperlihatkan mata cekung kelihatan seperti cembung.

Jadi, jika anda perhatikannya dengan cukup lama dan bergerak ke kiri serta ke kanan, mata P. Ramlee akan kelihatan seperti ia mengekori anda ke mana-mana saja anda pergi!

5. Bilik Ames

Tempat yang sesuai untuk sesiapa saja berseronok dengan ketinggian mereka.

6. Bilik Berbalik

Salah satu tempat anda boleh bermain dengan graviti.

7. Kaleidoskop 

Membolehkan anda melihat wajah dan reaksi yang berbeza.

Harga Tiket

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 25

Untuk tempahan terus layari website Museum of Illusion of Kuala Lumpur 

Alamat

Level 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, ( Between Fahrenheit 88 and Lot 10 Mall, 101, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Destination: