"Terkesima Dengar Laungan Azan!" - Qatar Berjaya Tarik Minat Pelancong Terhadap Islam Melalui Piala Dunia
TRAVELPemilihan Qatar sebagai lokasi Piala Dunia 2022 boleh dikatakan cukup kontroversi. Ada yang berpendapat bagaimana Qatar satu negara kecil boleh dipilih atas pelbagai faktor yang pada awalnya tidak masuk akal. Kononnya FIFA telah dirasuah, dituduh melanggar hak asasi manusia dan pelbagai lagi.
Namun biarpun dihambat kontroversi, Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia dan negara yang membawa nilai-nilai Islam setakat ini berjaya mendapat pujian dari para pelancong yang datang untuk merasai sendiri kemeriahan dan demam Piala Dunia.
Video yang sedang mendapat perhatian netizen di Twitter, di mana jelas kelihatan beberapa orang pelancong berdiri di belakang Bilal yang sedang melaungkan Azan sambil merakam momen tersebut.
شوفوا كيف الجماهير الاجانب يقبلون على المساجد في قطر بعد سماع الاذان للتعرف على الاسلام وتعاليمه .
— حمد لحدان المهندي (@hamadlahdan) November 29, 2022
pic.twitter.com/m3wE01EN9N
Selain itu, seorang pengguna Facebook Dr Muhammad Salah memuat naik satu gambar dan kapsyen dimana seorang pelancong yang bertanyakan beberapa soalan tentang Islam