'Train To Tenom' - Wanita Ini Kongsi Tips & Trick Jalan-Jalan Naik Kereta Api Di Sabah

TRAVEL
July 07, 2022 - 02:02 PM


Jika di Semenanjung 'Train To Dabong', Kelantan menjadi fenomena dan viral dalam kalangan anak muda untuk destinasi percutian mereka.

Tetapi korang tahu tak di Sabah juga sebenarnya ada jenis percutian menggunakan kereta api lama seperti itu yang dinamakan 'Train To Tenom'!

Seorang pengguna Facebok yang bernama Diyana Mukhayadi baru-baru ini telah berkongsi mengenai perjalanannya menaiki kereta api di Tenom, Sabah.

Jom kita ikuti perkongsian wanita ini :-

TRAIN TO TENOM

Masa trip ke Kundasang hari itu, kami selit singgah Tenom sekali. Landed di KK, kalau nak ke Tenom dan ke Kundasang adalah dua arah yang berbeza. Tapi disebabkan nak jugak experience naik train ni dan mengopi di Tenom, maka gigihlah kami semua.

Plan asal kami adalah naik dari Tanjung Aru - Beaufort - Tenom perjalanan sepanjang 134km dan terus bermalam di Tenom. Tapi disebabkan perkhidmatan Beaufort - Tenom tergendala buat sementara waktu sebab ada tanah runtuh dan landasan sedang dibaiki, jadi kami plan naik dari Tanjung Aru - Beaufort sahaja.

JADUAL PERJALANAN

1. Tanjung Aru - Beaufort: bertolak 7.45 am, tiba 9.40 am. Masa menunggu keretapi berikutnya: 4 jam

2. Beaufort - Tenom: bertolak 1.30 pm, tiba 3.30 pm (tapi tak beroperasi buat masa ni)

3. Tenom - Beaufort: 7.30 am atau 1.00 pm

4. Beaufort - Tanjung Aru: 5.00 am atau 11:00am (hanya 2 masa ini sahaja)

HARGA TAMBANG

Tanjung Aru – Beaufort: RM4.80

Beaufort – Tenom: RM2.75

TIPS MENAIKI KERETA API DI TENOM

Cuma beberapa hari sebelum bertolak, plot twist berlaku lagi. Instead of naik dari Tanjung Aru, kami terus ke Tenom dan naik di sana untuk ke Rayoh. Tapi bila tiba hari kejadian sebenar, ada tanah mendap dan landasan perlu dibaiki, maka kami boleh naik satu stesen dari Tenom ke Pangi sahaja, tu pun tak betul-betul sampai Stesen Pangi.

Jadi kena always alert notis dalam facebook dan telegram Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS). Pada hari yang sama nak naik train, make sure pukul 6 pagi dah call JKNS untuk double confirm keretapi jalan atau tak. Sebab akan ada keadaan yang perkhidmatan keretapi tetiba tak beroperasi terus pada hari tersebut.

Perjalanan kami dari Tenom - Pangi - Tenom pada pukul 1 petang dengan harga tiket RM 0.65 sehala, memakan masa 30 minit sehala. Tiket pergi hanya boleh dibeli di kaunter tiket di Stesen Keretapi Tenom pada hari yang sama ya, dalam pukul 12 tengahari. Tiket balik boleh beli dengan konduktor dalam train masa otw balik dengan harga RM 0.65 juga.

Stesen Pangi ni antara stesen favourite untuk tourist turun naik buat aktiviti white water rafting di Sungai Padas. Baca review cakap, level keganasan air deras kat sini level 3/4 dah. Aaaghisauuu. Tengok arus dia pun aku dah takut.

TIPS BERGAMBAR CANTIK KETIKA MENAIKI KERETA API TENOM

Sedikit tips budak ood yang nak layan breathtaking natural view, kami lebih cadangkan naik dari belah Tenom - Beaufort pun dah mencukupi instead naik dari belah Tanjung Aru.

Make sure duduk sisi belah kiri keretapi untuk menyelusuri sisi kehidupan orang kampung pendalaman sepanjang Sungai Padas sambil menikmati pemandangan hijau bukit bukau.

Sepanjang perjalanan kami sempat berborak dengan orang kampung yang super friendly sebab keretapi ni adalah mod pengangkutan utama orang kampung ke Pekan Tenom untuk pelbagai urusan harian contoh restock bahan makanan dan ke klinik.

Uniknya train ni dia akan berhenti je macam bas untuk ambil atau turunkan penumpang di sepanjang perjalanan. Sebab ada tanah mendap kami experience tengok gerabak berhenti di pertengahan jalan. Tangga kayu digunakan untuk ambil atau menurunkan penumpang sebelum orang kampung guna troli kayu atau jalan kaki untuk meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Walaupun keadaan di dalam dan kelajuan keretapi ni masih jauh ketinggalan dari keretapi di Semenanjung Malaysia dan tempat lain, pengalaman yang berbeza ini wajib seumur hidup kamurang try sekali.

Jemput follow aku kat fb/tiktok untuk banyak lagi videos tentang Train to Tenom ni ataupun tempat-tempat lain yang aku pernah pi, terus klik sini tau : https://www.facebook.com/diyanamukhayadi

📍Jabatan Keretapi Negeri Sabah,

No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,

88200 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia.

☎️ 088-279300

Facebook : https://www.facebook.com/SabahStateRailwayDepartment

Telegram : https://t.me/+bLqPOKqBLZ04MGY1

https://railway.sabah.gov.my

Sumber: Diyana Mukhayadi

Destination: