"Ada Anak Kecik Bising, Baik Korang Makan Kat Rumah" - Influencer Geram Anak Kena Jeling, Mintak 'Common Sense'

TERKINI
February 21, 2023 - 05:58 PM


Isu anak-anak bising di tempat terbuka ni banyak kali dah didebatkan. Baru-baru ini, seorang influencer media sosial meluahkan rasa tidak berpuas hati ketika bertandang ke sebuah restoran bersama ahli keluarga.

Menerusi video di TikTok, wanita itu menyatakan anak lelakinya menangis ketika sedang makan namun perbuatan tersebut didakwa telah dipandang serong oleh individu yang turut berada di lokasi sama.

Kesal dengan respon diterima, wanita terbabit menyifatkan anak kecil menangis adalah perkara biasa terutama apabila sudah mula berasa bosan.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga mengingatkan individu yang dianggap tidak ada ‘common sense’ untuk bungkus makanan dan menikmatinya di rumah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respon dan reaksi mengenai kejadian tersebut.

 

Destination: